Setelah berbulan-bulan menangguhkan percutian bulan madu mereka, akhirnya cuti panjang sempena Syawal ini memberi kesempatan untuk Elizad Sharifuddin berbulan madu bersama suami tercinta.
Pasangan ini memilih Pulau Pinang sebagai destinasinya dan lebih menarik apabila perjalanan mereka adalah dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi.
“Semenjak berkahwin, kami tidak sempat hendak ke mana-mana.Kini, aktres ini sedang menikmati percutian bulan madu bersama suaminya, Shamsul Baharin Rahman, 43, di pusat percutian popular tanah air yang mendapat nama jolokan sebagai Pulau Mutiara itu.
“Saya terikat dengan penggambaran dan Abang juga sibuk dengan tugasnya.
“Jadi, apabila saya cuti seminggu pada raya ini, Abang terus planuntuk kami melancong sambil menenangkan fikiran,” kata Elizad yang mesra memanggil suaminya dengan panggilan Abang.
Semasa di Pulau Pinang, Elizad menikmati hidangan yang menjadi ‘trademark’nya iaitu Nasi Kandar dan turut berkunjung ke Hard Rock Hotel Pulau Pinang.
Kembali Ceria
Aktres berusia 31 tahun yang nama penuhnya, Siti Elizad Sharifuddin ini mengakui suasana hari raya buatnya agak suram semenjak ketiadaan ibu tersayang.
Sudah dua tahun, arwah ibunya, Nazariah Mohd. Salleh kembali ke rahmatullah.
Namun, kesedihan yang dirasakan semenjak dua tahun kebelakangan ini mulai kembali ceria apabila dia menjadi isteri kepada Shamsul.
“Sukar hendak menggambarkan perasaan saya menyambut puasa dan hari raya apabila kehilangan ibu kesayangan.
“Tetapi kehadiran Abang dalam hidup saya membuat saya kembali ceria seperti mana yang saya rasa ketika berpuasa dan berhari raya semasa arwah mama masih ada dulu.
“Sekarang, saya temui ketenangan hidup di samping Abang,” ujar Elizad yang turut mengakui bahagia dapat berhari raya buat pertama kalinya dengan seorang lelaki bergelar suami.
Sementara itu, semasa musim perayaan ini, Elizad muncul dalam beberapa buah program TV.
Antaranya, telefilem Bukan Wanita Sempurna di samping Rita Rudaini dan Amar Asyraf (sudah disiarkan di TV3 pada 18 Julai), Sebelum Takbir Bergema bersama Shah Jaszle dan Amar Asyraf (sudah disiarkan di TV3 pada18 Julai) dan Melodi Raya (sudah disiarkan di TV3 pada 19 Julai lalu).
Pasangan yang baru berkesempatan bercuti bulan madu semasa cuti raya ini.
Semasa minggu-minggu terakhir Ramadan lalu pula, Elizad ‘terbang’ ke Kemboja untuk penggambaran telefilem Travelling Beruang bersama Ungku Ismail Aziz, heronya dalam drama bersiri Teman Lelaki Upahan yang telah melonjakkan populariti pemegang watak Kyra Lydia ini.
No comments: