» » Pengarah berkaitan SRC International ditangkap dalam siasatan skandal 1MDB


Seorang pengarah di syarikat pembinaan dan pembangunan hartanah, yang ditangkap pasukan petugas khas yang menyiasat dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ditahan reman 4 hari oleh mahkamah majistret Putrajaya, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Satu kenyataan badan pencegah rasuah itu petang ini mengesahkan tangkapan pengarah berusia 39 tahun itu semalam.

Peguam berkaitan Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili lelaki itu, memberitahu The Star Online, anak guamnya itu kini ditahan reman selama 4 hari kerana "kepentingan negara".

"Mereka meminta 7 hari tetapi majistret benarkan 4 hari sahaja," katanya dipetik daripada portal itu.

Sumber pihak berkuasa siasatan memberitahu The Malaysian Insider, syarikat lelaki itu ada berurusan dengan SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB.

Pengarah syarikat itu ditahan jam 1 tengah hari semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di mana beliau sepatutnya menaiki penerbangan ke Taiwan.

Dia ditahan pegawai Jabatan Imigresen sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan akan disiasat atas tuduhan rasuah.

Nama lelaki itu dikatakan termasuk dalam senarai individu yang diawasi pihak berkuasa, yang sudah dimaklumkan mengenai percubaannya meninggalkan negara ini, kata sumber.

SRC International merupakan anak syarikat 1MDB sebelum ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada Februari 2012.

Ia juga mengambil pinjaman yang disokong kerajaan sebanyak RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)(KWAP), kumpulan wang pencen kerajaan.

Pemimpin politik pembangkang menggesa lebih akauntabiliti dalam isu SRC International, mengatakan Putrajaya tidak telus mengenai perniagaan sebenar syarikat itu.

Dalam pendedahannya pada 2 Julai, The Wall Street Journal (WSJ) menamakan SRC International sebagai salah satu syarikat berkaitan 1MDB yang terlibat dalam aliran wang dana yang akhirnya pergi ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Satu lagi sumber berkata, suspek yang ditangkap itu disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009, tetapi tidak pasti sama ada siasatan itu akan memberi tumpuan kepada pengambilan atau pemberian rasuah.

Penaltinya ialah penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .