» » Naib Razak patut saman Sarawak Report jika benar tidak terlibat dalam skandal 1MDB dan bukan halang akses ke laman mereka


Kerajaan perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report dan bukannya menyekat laman web pemberi maklumat itu susulan pendedahannya mengenai syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata PKR.

Pengarah komunikasinya Fahmi Fadzil berkata, kerajaan tidak seharusnya menggunakan langkah "diktator", sebaliknya perlu berdepan isu tersebut dengan mengemukakan kebenaran tentang segala perkara yang didedahkan, bukan saja oleh Laporan Sarawak tetapi agensi berita antarabangsa lain.

"Kerajaan Malaysia sepatutnya tidak menggunakan langkah kuku besi seperti ini. Ada pelbagai cara mengatasi halangan akses, malah sesiapa saja yang tahu mengguna Google boleh mencari jalan penyelesaian.

"Hadapi isu dengan berlaku jujur terhadap rakyat Malaysia mengenai isu 1MDB yang dibawa bukan saja Sarawak Report malah media antarabangsa lain seperti Wall Street Journal, atau dengan memfailkan saman terhadap pengendali laman web Sarawak Report dan bawa mereka ke mahkamah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan ia mengarahkan pembekal perkhidmatan Internet tempatan menghalang akses kepada Sarawak Report, mengatakan laman itu mengganggu keselamatan negara.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .