» » 'Kenapa cari salah The Edge dan bukan siasat 1MDB ?'


Ahli Parlimen DAP, Tony Pua mempersoalkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana "menakut-nakutkan" The Edge susulan laporannya, dan bukan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana "berbohong mengenai berbilion ringgit wang pembayar cukai yang hilang".

Beliau berkata, surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri kepada The Edge adalah jelas satu bentuk intimidasi, kerana ia tidak menyatakan artikel yang didakwa menjadi satu kesalahan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, 1MDB, PetroSaudi International (PSI) dan ahli perniagaan Jho Low Taek, semuanya tiada bukti yang menunjukkan dokumen bocor disiarkan dalam The Edge dan Sarawak Report 5 bulan lalu diubahsuai.

"Oleh itu, kami hendak bertanya Zahid – atas dasar apa anda keluarkan surat tunjuk sebab terhadap The Edge Publications, atau mana-mana pihak yang menerbitkan berita serupa?

"Malah, ia akan lebih masuk akal jika Menteri Dalam Negeri itu mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada The Edge (atau penerbitan tempatan yang lain) kerana menyiarkan beberapa kenyataan yang dikeluarkan pengurusan atasan 1MDB, yang kini terbukti terang-terangan satu pembohongan," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengambil contoh Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang pada mulanya memberitahu media mereka sudah menebus baki pelaburan 1MDB di Kepulauan Cayman dan "wang tunai" itu disimpan di sebuah bank Singapura, tetapi kemudiannya ia dinafikan Putrajaya yang mengatakan tidak terdapat wang tunai dalam akaun itu.

"Bukankah Menteri Dalam Negeri seharusnya cari pihak yang berbohong dan mengelirukan rakyat Malaysia berhubung wang pembayar cukai berbilion ringgit yang hilang itu?

"Sebaliknya apa yang kita dapat ialah tindakan kementerian yang memalukan yang bersungguh-sungguh menutup mulut dan menghukum mereka yang awam bersemangat dan bertindak dengan integriti mendedahkan salah laku, penggelapan wang, penyelewengan dan jenayah pecah amanah oleh kakitangan awam yang diamanahkan dengan puluhan bilion ringgit."

Pua berkata surat tunjuk sebab kepada The Edge itu dikeluarkan seminggu selepas ia memburuk-burukkan bekas ekskutif PSI, Xavier Andre Justo, yang ditangkap di Thailand kerana didakwa cuba memeras ugut bekas syarikatnya.

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP itu menuduh "media yang dikawal Barisan Nasional (BN), menteri dan pemimpin BN" gigih mengaitkan tangkapan itu dengan pengubahsuaian yang dibuat kepada dokumen dan koresponden antara PSI dan 1MDB yang bocor.

"Perkara berkenaan satu cubaan jelas, dirancang terlebih dahulu, dihitung dan disepadu bagi membuatkan maklumat yang bocor itu tidak boleh dipercayai, dan begitu juga semua kritikan negatif terhadap 1MDB.

"Seperti kata ahli propaganda Nazi Joseph Goebbels, 'jika kamu membuat pembohongan besar dan terus mengulanginya, rakyat akhirnya akan mempercayainya'," kata Pua.

Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media Group, Ho Kay Tat semalam mengesahkan menerima surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri yang memberi mereka 7 hari memberi penjelasan bertulis mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap The Edge Malaysia dan The Edge Financial Daily mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Katanya, The Edge dituduh menerbitkan rencana mengenai 1MDB yang menimbulkan kekeliruan dan keraguan tentang kerajaan dan institusi kewangan..

Tetapi Ho menggesa kementerian menjelaskan secara khusus artikel mana yang didakwa salah dan mewujudkan kekeliruan dan keraguan tentang kerajaan itu.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .