» » Dr Mahathir tak takut dikenakan tindakan kerana kritik Najib Najib berkaitan skandal 1MDB


Tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai tindakan bakal diambil pihak berkuasa Malaysia kerana kritikan terhadap Datuk Seri Najib Razak untuk melepaskan jawatan sebagai perdana menteri bukanlah didalangi satu konspirasi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, desakannya agar Najib berundur dilakukan secara terbuka dan ia juga selari dengan apa yang diperkatakan pengguna media sosial.

"Nak gentar apa... Kalau baca dalam Twitter atau dalam blog semua orang minta beliau (Najib) berhenti.

"Kalau beliau (Najib) baca dalam itu pun beliau tahulah orang suruh beliau berhenti.

"Ini bukan konspirasi tetapi saya buat secara bersemuka dan saya fikir patutlah beliau (Najib) berhenti (jadi perdana menteri)," katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang diambil terhadap individu tertentu mengenai pendedahan berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Semalam, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan mengapa Dr Mahathir yang lantang mengkritik kepincangan 1MDB tidak diambil tindakan dihalang ke luar negara seperti dikenakan terhadap Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen DAP Tony Pua.

Katanya, tiada tindakan terhadap Dr Mahathir mengundang persoalan kerana bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu lebih lantang mengkritik 1MDB dan Najib.

Tuan Ibrahim berkata, tindakan menghalang Rafizi dan Pua ke luar negara merupakan taktik kerajaan membuli pembangkang selain tindakan terdesak ekoran pendedahan berhubung isu 1MDB.

Katanya, tindakan terhadap mereka berdua tidak sepatutnya dilakukan kerana kedua-dua ahli Parlimen itu belum diheret ke mahkamah atas pertuduhan yang konkrit.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .