» » Che Ta beraya sakan dengan 30 pasang baju raya di Aidilfitri 2015


Memandangkan semasa Hari Raya tahun lalu, Rozita Che Wan mengandung, maka aktres yang mesra disapa sebagai Che Ta ini mahu ‘membalas dendam’ pada Syawal ini.

Pendek kata, Hari Raya ini, Che Ta benar-benar beraya sakan.

Buat dirinya sahaja, sebanyak 30 pasang baju raya ditempah istimewa untuk dipakai sepanjang Syawal ini.

“Raya tahun lalu, saya tak sempat melaram sebab tengah mengandung. Jadi, raya ni, saya nak balas dendam.

“Saya akan melaram sakan dengan 30 pasang baju raya tahun ini,” kata Che Ta semasa ditemu bual oleh majalah Hijab Fesyen.

Che Ta dan puteri tunggalnya, Aaisyah Dhia Rana menghiasi kulit hadapan majalah Hijab Fesyen keluaran Julai 2015.

Dalam pada menyediakan berpuluh pasang baju raya untuk dirinya, bintang jelita ini tidak lupa menyediakan keperluan raya untuk puteri kesayangannya itu.

Si comel Aaisyah juga akan melaram dengan 10 pasang baju raya yang ditempah khas oleh ibunya yang memang seorang yang amat menitik beratkan soal penampilan.

“Memang persiapan raya tahun ini lebih meriah berbanding tahun lalu. Iyalah… Tahun lalu, kami beraya berempat, tahun ini raya kami sekeluarga lebih seronok dengan kehadiran Aaisyah,” ujarnya lagi.

Kali ini, Che Ta menyambut 1 Syawal di rumah keluarga suaminya, Zain Saidin di Kuala Lumpur.

Pada Hari Raya Kedua, barulah Che Ta sekeluarga pulang ke kampung halamannya pula iaitu di Alor Star, Kedah.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .