Pelakon remaja Amyra Rosli semakin popular dan peminat juga tambah ramai. Sebab itulah sebagai menghargai mereka, dia mahu buat rumah terbuka Aidilfitri tahun ini.
Kepada peminat Amyra tunggulah bila tarikhnya nanti. Hari ini Amyra masih beraya di kampung keluarganya. Bila balik ke Kuala Lumpur nanti pasti dia akan umumkan bilakah tarikhnya.
“Bila raya ni saya suka suasana raya di kampung. Setiap tahun saya akan bergilir gilir pulang ke kampung ibu atau ayah. Rutin hari raya ni pun sama macam tahun tahun sebelum, cuma istimewanya kemungkinan saya akan buat rumah terbuka untuk peminat,” kata Amyra.
Dia juga banyak berehat Ramadan lalu kerana tak mahu kepenatan mengejar kerja sebagaimana yang dillaui dua tahun lalu.
“Tahun ini saya banyak habiskan masa bersama keluarga,” kata Amyra.
No comments: