» » Soalan yang tidak dijawab dalam skandal 1MDB


Beberapa bulan lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan: Datuk Seri Najib Razak mesti berundur, ekoran skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Tuduhan itu dibuat ekoran dana 1MDB hilang atau disalah guna dan Najib sebagai menteri kewangan, perdana menteri dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB perlu bertanggungjawab.

Najib tidak berdiam diri terhadap serangan yang menjejaskan namanya dan hutang RM42 bilion diletakkan atas bahunya. Persoalan itu masih tidak terjawab.

Berikut isu dibangkitkan Dr Mahathir berhubung 1MDB dan jawapan yang diberi Najib atau 1MDB.

Ke mana wang tersebut?

“Wang tersebut tidak hilang melalui perniagaan haram tetapi ghaib. Seseorang tahu mengenai siapa yang memiliki wang itu. Tetapi seseorang sedang berdiam diri” – Tun Dr Mahathir, 4 Jun 2015.

Menerusi blognya, Najib berkata 1MDB tidak kehilangan wang tetapi menanggung hutang RM42 bilion dan aset syarikat itu bernilai RM51 bilion jauh melebihi hutang tersebut.

“Kebanyakan syarikat besar dunia mempunyai banyak hutang, tiada yang janggal,” kata Najib dam ruangan soalan lazim di blognya.

Berhubung tuduhan salah laku, Najib berkata itu yang perlu dikenal pasti ketua audit negara dan PAC dan sesiapa yang didapati bersalah akan dibawa ke muka pengadilan.

Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy pada awal bulan ini menyediakan carta menunjukkan bagaimana hutang RM42 bilion itu dibelanjakan.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak senang dengan penjelasan itu. Mendakwa Arul pembohong, bekas perdana menteri itu berkata “tidak meyakinkan penjelasan berhubung RM42 bilion dan Arul mungkin menipu. Di mana sebahagian RM42 bilion itu masih menimbulkan persoalan”.


Lebihan bayaran untuk aset jana kuasa?

“RM18 bilion dibelanjakan untuk membeli IPP kepunyaan Ananda Krishnan, Genting Sanyen (sekarang dikenali Loji Janakuasa Kuala Langat) dan Jimah Energy. Harga dibayar kepada Genting Sanyen dan IPP Ananda di atas harga pasaran… mengapa 1MDB sangat bodoh” – Dr Mahathir, 12 Jun 2015 apabila laman sesawang 1MDB mendakwa nilai yang dibayar untuk aset tenaga “setimpal dengan potensi semasa dan akan datang”.

“Dalam mempertahankan pelaburan jana kuasa, 1MDB berkata portfolio menyediakan perniagaan “aliran tunai cergas dan membolehkan kami menyertai bidaan loji gas dan arang batu, dua sumber bahan bakar untuk menjana aset kuasa dalam pasaran yang melibatkan 1MDB, membenarkan kami mencipta nilai lebih jauh dan memacu pertumbuhan syarikat pada masa depan.

“Maka, faedah ekonomi yang diperoleh daripada aset ini bermakna kami mendapat kembali lebihan nilai yang dibayar pada masa pengambilalihan.”

Kadar faedah tinggi, bayaran komisen bon RM5 bilion yang dibangkitkan Goldman Sachs pada 2009.

“Bon yang dibangkitkan Goldman Sachs bernilai lebih daripada pinjaman biasa kerajaan. Kadar faedah 5.9% terlalu tinggi. Pinjaman kerajaan biasanya berfaedah 3% atau lebih rendah.

“Malah komisen 10% kepada Goldman Sachs bermakna 1MDB hanya mendapat 90% daripada duit yang dipinjam belum dibayar faedah 100% dengan peningkatan faedah kepada 6.6%. – Dr Mahathir, 23 April 2015.

1MDB mahu pun kerajaan tidak mengulas komisen yang dibayar kepada Goldman Sachs atau mengesahkan amaun 10% – amaun berkenaan berdasarkan laporan Edge Financial Daily.

Berhubung kadar faedah, Najib dan Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin yang merupakan pengerusi lembaga pengarah 1MDB berkata kadar faedah tersebut ialah 5.75% dan bukan 5.9% seperti dakwaan Dr Mahathir.

Lodin berkata pada Disember tahun lalu, bon dengan kematangan yang lebih panjang biasanya mempunyai kadar faedah lebih tinggi.

“Untuk pengetahuan, hanya bon berkaitan Petronas yang dikeluarkan pada 2009 membawa kadar kupon 3.6% untuk bon RM100 juta dengan tempoh 3 tahun di mana bon 1MDB mempunyai tempoh 30 tahun.

“Maka memberikan perbezaan tempoh matang signifikan yang berbeza, tidak memeranjatkan bon yang dikeluarkan 1MDB mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.”

Apakah aset 1MDB?

“1MDB mendakwa mempunyai aset bernilai RM52 bilion. Setakat ini tiada penjelasan diberikan bagaimana aset itu dinilaikan. Berapa nilai kesemua loji jana kuasa. Dan berapa nilai harga tanah?” – Dr Mahathir, 12 Jun 2015.

Pada 27 Mei, Najib berkata keseluruhan aset 1MDB bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 bernilai RM19.5 bilion dan aset bukan semasa RM31.9 bilion.

“1MDB mempunyai kedudukan kukuh dengan aset merupakan tanah untuk pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia di KL, tanah di Pulau Pinang merangkumi 234 ekar ditambah 13 aset loji kuasa dan (loji) penyahgaraman di 5 negara,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen.

Beliau berkata aset tersebut sudah diaudit dan disahkan firma Deloitte.

Apa yang berlaku kepada tunai dari Pulau Cayman?

“Tetapi ia betul-betul tiada penjelasan terhadap kehilangan wang yang sepatutnya dibawa balik dari Pulau Cayman – 6 bilion US dolar.” – Dr Mahathir, 5 Jun 2015.

Arul berkata 1MDB sudah menebus AS$2.32 bilion dari Pulau Cayman dan dana diasingkan kepada dua fasa.

Fasa pertama bernilai AS$1.22 bilion “dibelanja penuh” tahun lalu bagi membayar faedah hutang, modal pekerja dan bayaran kepada pelaburan Aabar di Abu Dhabi,” katanya kepada Business Times Singapura pada 7 Februari.

Beliau berkata fasa kedua bernilai AS$1.103 bilion yang juga digunakan untuk membayar faedah hutang syarikat.

“Tunai dalam akaun kami dan ia dalam AS dolar. Saya boleh jamin… Saya dah lihat penyatanya,” Arul dilaporkan sebagai berkata.

Pada 19 Mei, Najib dalam satu jawapan bertulis Parlimen berkata baki AS$1.103 bilion adalah “aset” dalam AS dolar yang disimpan di BSI Bank Limited Singapura.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kemudiannya berkata aset berkenaan dalam bentuk “unit” namun enggan mengulas lanjut.

Mengapa kerajaan menjual tanah murah kepada 1MDB?

“Tanah di Jalan Tun Razak bertujuan untuk agensi membina kedai dan sebagainya kepada Bumiputera. Tetapi kerajaan menjual 70 ekar kepada 1MDB dengan harga RM320 juta atau pada RM60 sekaki persegi. Tanah yang berhampiran dijual RM7,000 sekaki persegi. 1MDB patut membayar sekurang-kurangnya RM3,000 ke RM4,000 sekaki persegi.” – Dr Mahathir, 12 Jun 2015.

Kerajaan belum lagi menjelaskan mengapa menjual tanah yang dirancang untuk kawasan TRX pada kadar rendah kepada 1MDB. Berdasarkan laman sesawang, ia digelar “pemaju utama” TRX.

“Sebarang keputusan yang dibuat untuk melabur dalam hartanah dicapai dalam jangka masa panjang berdasarkan ketekunan termasuk melantik penilai bebas bagi mengenal pasti nilai tanah yang dikehendaki dan turut mengambil kira nilai tambahnya,” kata syarikat itu di laman soalan lazim.

“Dalam sesetengah keadaan, tanah yang diperoleh sudah dinilai dan dibuat sejajar dengan perubahan harga pasaran di kawasan sekitar dan mengambil kira pelaburan yang dibuat bagi mendapatkan tanah untuk pembangunan.

Tabung Haji pada Mei mencetuskan kontroversi apabila membeli sebidang tanah TRX daripada 1MDB dengan harga RM188.5 juta atau RM2,774 kaki persegi sedangkan 1MDB dilaporkan membayar kerajaan RM64 kaki persegi tanah berkenaan.

Najib mempertahankan pembelian itu dengan mendakwa pelaburan yang baik dan bukan usaha menyelamat 1MDB.

“Tabung Haji menjadi mangsa. Ia hanya membeli tanah. Ia beli untuk pembangunan dan faedah kepada penyimpan. Ia bukan mengambil alih hutang 1MDB.

“Jika (Tabung Haji) memutuskan untuk menjual tanah melalui bidaan terbuka, ia akan mendapat ekstra RM6 juta,” katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .