» » Nazri Aziz terpaksa sekali lagi jadi macai pertahankan Najib Razak dari serangan Dr M


Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab soalan-soalan kontroversi termasuk isu 1MDB menggunakan blog dipertahankan seorang menteri kabinet.

Menteri kebudayaan dan pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz berkata tindakan itu membolehkan Najib berfikir terlebih dahulu sebelum menulisnya dalam keadaan santai.

“Kami ada masa untuk fikir sebelum jawab, ia lebih santai.

“Tetapi jika kamu debat, sukar... suasana dan persekitarannya.

“Seterusnya, kamu ada fakta, tetapi kami tidak boleh rujuk padanya (pada masa itu),” katanya dalam wawancara denganMalaysiakini minggu lepas.

Debat tidak akan menyelesaikan masalah, kata anggota parlimen Padang Rengas itu.

Nazri juga berkata, oleh kerana Mahathir merujuk dirinya sebagai rakyat biasa, Najib tidak perlu berdebat dengan perdana menteri keempat itu.

“Ini tidak pernah menjadi amalan kita. Belum pernah ada seorang pun perdana menteri berdebat dengan rakyat biasa. Semak sejarah dulu sebelum buat kesimpulan,” katanya.

“Jika seorang rakyat biasa ajak debat, saya akan kata jangan,” katanya sambil menambah tindakan itu akan menggalakkan lebih ramai orang mencabar perdana menteri.

Bagaimanapun, katanya, jika mahu berdebat, pihak paling sesuai menjadi lawannya ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah atau pemimpin luar negara.




About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .