» » 'Najib Razak dan Dr M harus tampil pada sesi pendengaran skandal 1MDB'


Kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad harus tampil pada sesi pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang boleh disiarkan secara langsung, kata Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Datuk Saifuddin Abdullah hari ini.

Saifuddin berkata sesi pendengaran PAC dilihat jalan terbaik bagi menjawab persoalan yang membelenggu syarikat sarat hutang tersebut dengan menambah keselamatan perlu diperketatkan dalam program berkenaan.

"Malah Dr Mahathir dan Najib pun boleh dipanggil untuk tampil ke depan dan ia boleh disiarkan secara langsung di kaca televisyen kerana rakyat mahukan jawapan," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam Najib gagal untuk muncul dalam satu forum penjelasan mengenai skandal 1MDB berikutan arahan pembatalan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar atas ancaman keselamatan.

1MDB kini mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion dan Najib merupakan penasihat lembaga pengarah syarikat terbabit.

Saifuddin berkata program semalam membuktikan bahawa rakyat mahukan jawapan mengenai kontroversi 1MDB bagaimanapun tidak sepatutnya ada pendekatan konfrontasi.

"Cara untuk muncul di khalayak ialah bukan dengan perdebatan secara konfrontasi kerana perdebatan sebegitu tidak akan menjawab persoalan yang dimahukan rakyat.

"Apa yang kita patut lakukan ialah dengan menggunakan ruang yang terbaik ketika ini," katanya.

Katanya penganjuran bagi pendengaran PAC merupakan saluran terbaik kerana jawatankuasa tersebut mempunyai “kuasa tersendiri”.

“Ini bukan bersifat konfrontasi, dan saya pasti pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed boleh menguruskan sesi itu dengan baik," katanya.

Najib gagal hadir pada forum itu semalam manakala kehadiran Dr Mahathir menyaksikan perdana menteri itu dikecam kerana takut berdepan dengan pengkritik utamanya dan orang ramai.

Polis berkata, forum itu terpaksa dibatalkan kerana terdapat ancaman keselamatan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .