» » Mengapa tiada menteri kabinet M'sia berani pertikaikan tuduhan WSJ tuduh dana 1MDB digunakan untuk kempen BN PRU 13?


Lim Kit Siang membangkitkan persoalan mengapa tiada menteri Kabinet yang dipertanggungjawabkan untuk menulis surat kepada akhbar antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ) susulan pendedahannya berkenaan hubung kait antara syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Lim berkata, sebelum ini, menteri-menteri Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu beria-ria menulis surat kepada agensi berita luar negara menafikan laporan mereka, namun dalam isu membabitkan WSJ, perkara yang sama tidak berlaku.

"Melalui cara surat terbuka seperti sebelum ini, kita mungkin beranggapan menteri Kabinet, mungkin Menteri Kewangan II Datuk Seri Husni Hanadzlah akan dipertanggungjawabkan menulis kepada WSJ untuk menafikan pendedahan mereka.

"Tetapi Najib dan Kabinetnya hanya membisu setakat ini berkenaan laporan WSJ," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, berbeza seperti sebelum ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menulis surat terbuka kepada akhbar New York Times membantah wawancara mereka bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berbicara soal 1MDB, Umno dan Dr Mahathir menyuarakan kekecewaannya terhadap Najib.

Tindakan itu katanya meletakkan Dr Mahathir, sebagai perdana menteri yang paling lama berkhidmat sebagai anti nasional, sama seperti pengkritik-pengkritik yang lain.

"Dan yang paling ironi, Dr Mahathir juga pernah membuat dakwaan terhadap pengkritiknya ketika masih menjadi perdana menteri," kata Lim.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut membuat perbandingan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala turut menulis surat terbuka kepada agensi berita Bloomberg susulan artikel kolumnis mereka, William Pesek.

Pesek menulis artikel bertajuk “Malaysia Gets a Dose of Real Talk”, dan didakwa konsisten dengan siri artikel yang berniat jahat terhadap kepimpinan Malaysia.

Malah, Idris turut menuduh Pesek menulis artikel berkenaan untuk "mengambil hati" Dr Mahathir.

"Tetapi sehingga hari ini tiada jawapan daripada Najib dan tiada menteri Kabinet menulis surat terbuka kepada WSJ berhubung pendedahan dana 1MDB berbilion ringgit digunakan untuk membantu kempen BN dalam PRU13," kata Lim.

Akhbar perniagaan antarabangsa itu melaporkan 1MDB membuat pembelian melebihi harga pasaran terhadap aset jana kuasa tenaga daripada Genting Group pada 2012, dengan bayaran RM2.3 bilion atau 5 kali ganda untuk apa yang sepatutnya berharga RM400 juta.

"Genting kemudiannya dikatakan membuat sumbangan kepada yayasan yang dikawal Najib dan menggunakannya untuk kempen PRU13.

"Mampukah Najib menjelaskan perkara ini, terutamanya ‘hubungan awam’ dirinya, seperti yang didakwa, tiada apa yang Najib sembunyikan berkenaan kontroversi 1MDB?" soal Lim.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .