Malaysia tidak akan berjaya mencapai Wawasan 2020 dan menjadi negara maju dalam masa lima tahun akan datang kerana ia tidak mempunyai kepimpinan yang diperlukan dan tidak meletakkan keutamaan pada tempatnya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata, sebuah negara maju memerlukan produktiviti yang tinggi, tetapi Malaysia hanya menumpukan kepada usaha menjadi negara berpendapatan tinggi dan dengan pendapatan per kapita yang tinggi.
“Kita tak akan capai sepenuhnya bentuk pembangunan yang melayakkan kita menjadi negara maju pada 2020," kata Dr Mahathir pada satu forum bertajuk “Kepimpinan dalam lonjakan terakhir menuju Wawasan 2020” anjuran Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur malam ini.
sumber
No comments: