» » Gambar sensasi Farah Ann jadi buah mulut orang


Suka atau tidak, “lurah faraj” seorang atlet sukan kebangsaan, Farah Ann Abdul Hadi kini sudah menjadi isu nasional kerana penyakit masyarakat Melayu-Islam di negara ini yang merasakan diri mereka “tuhan”.

Semuanya gara-gara tersebar gambar Farah berpakaian gimnastik di laman sesawang stesen televisyen swasta yang memperlihatkan lurah farajnya selepas memenangi pingat emas Sukan SEA 2015 di Singapura.

Pengguna Internet dengan nama Shinagawa Ann antara yang menegur gimnas berkenaan kerana tidak menutup auratnya.

"Jika anda tidak mahu memakai tudung, pakai sepasang seluar ketat sehingga menutup paha anda, aurat hendaklah ditutup dan tidak didedahkan kepada khalayak ramai, baik, apa sahaja.. tahniah kerana mendapatkan pingat emas untuk negara."

Daripada mengucapkan tahniah kepada Farah kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia selepas berjaya mendapatkan pingat emas bagi sukan gimnastik, mereka mempersoalkan nasib gadis muda itu di akhirat nanti.

Inilah yang penulis maksudkan dengan “penyakit nak jadi tuhan”.

Sikap suka menghukum yang semakin menjadi-jadi dalam masyarakat kita dan dibantu pula dengan media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Tuhan yang selektif


Akan tetapi, penyakit suka menghukum dalam masyarakat kita ini bersifat selektif.

Tidak pula golongan yang menggunakan waktu pejabat untuk "bermain" Facebook dan Twitter dipersoalkan.

Bukankah gaji yang dibayar majikan itu sudah dikira termasuk waktu pekerjaan?

Apakah ramai di antara kita yang memakan duit haram setiap bulan? Dan digunakan juga untuk menanggung keluarga?

Masyarakat kita juga rata-ratanya hanya mendiamkan diri terhadap isu lebih besar seperti rasuah dan penyelewengan.

Hanya isu yang remeh temeh sebegini mengganggu walaupun ketika menonton filem Hindustan, buah dada dan lurah faraj artis wanita negara itu turut “dinikmati” mereka.

Dan apakah mereka-mereka ini langsung tidak pernah menonton pornografi? Atau mungkin bagi mereka “tidak berdosa” jika melihat tubuh badan wanita yang bukan Islam.

Farah bagaimanapun seorang yang berani dan tidak tunduk kepada kritikan terhadapnya.

Melalui laman Twitternya @farahannhadi, beliau menulis peribahasa "empty cans make the most noise," atau “tong kosong berbunyi nyaring” sebagai menjawab kritikan.

Wanita hanya objek nafsu lelaki ?

Apabila lurah faraj Farah menjadi isu nasional, ramai juga yang mempersoalkan mengapa masyarakat Melayu-Islam Malaysia hanya menganggap wanita itu sebagai objek seks?

Seperti ditulis Peguam Latheefa Koya di akaun Twitter @latheefakoya: “When they see a woman, a girl, a baby girl, an athlete, a woman MP, a woman doctor – no all they see is vagina, vagina, vagina.”

Mengapa sampai jadi begini? Apakah kerana terlalu banyak menonton pornografi?

Yang nyatanya, debat mengenai lurah faraj Farah memalukan imej Malaysia sebagai pengerusi Asean.

Altlet sukan dari negara Asean lain sudah tentu pelik dengan pemikiran rakyat Malaysia. Menang pingat emas pun dihina dan dicerca.

Tidak hairanlah mengapa prestasi sukan Malaysia semakin buruk dari tahun ke tahun. Semuanya kerana terlalu ramai rakyat Malaysia pada hari ini sibuk nak jadi tuhan!



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .