» » Kisah yang berlaku di neraka dan syurga


Tuhan jadikan syurga dan neraka.

Kami penduduk neraka. Kami dari neraka nak complaint kenapa syurga kecoh sangat. 

Sedangkan di syurga banyak tok guru, alim ulama, ustaz dan sebagainya. Sedangkan kami penduduk neraka aman damai. 

Mungkin kalau ada alim ulama, tok guru dan ustaz di neraka, neraka pun jadi kecoh.

Buktinya sekarang syurga kecoh. Tetapi neraka aman damai.

Nyatanya, negeri penduduk yang akan pergi ke syurga di dunia pun dah kecoh. Itu belum sampai syurga apatah lagi kalau dah sampai tentu berperang besar di syurga. Itu bukti nyatanya.

Manakala negara-negara Amerika, Australia, Perancis, England dan lain-lain lagi penduduknya bakal pergi neraka tetapi negerinya aman damai di dunia. Itulah buktinya neraka aman damai. 

Tidaklah sepertinya syurga negara-negara Iraq, Syria, Mesir, Palestin, Lebanon dan hampir nak kena pada Malaysia, negaranya kecoh. Begitulah kalau dah sampai syurga nanti, tentulah bukan kecoh lagi, berperang besar, bertempiaran lagi bidadari syurga.

Kami semua penduduk neraka, kami dah aman damai kat neraka. Kami tidak suka peperangan.

Zaman pari-pari dan mambang sudah berlalu. Begitulah juga zaman para Wali Songo dan ulama sudah berlalu lebih kurang 1,400 tahun lalu.

Hari ini zaman Islam berperang sesama sendiri. Dalam semua sejarah, ulama daripada semua agama, belum ada bukti ulama berjaya mentadbir negara.

Kalau pun berjaya akhirnya akan musnah sebab tidak mengikuti peredaran zaman. Sedangkan zaman Nabi SAW pun masih berperang. Adakah kita nak mengikut contoh orang yang suka berperang?

Macam saya, Kapal Besi tak suka berperang, agaknya ramai juga yang macam saya tak suka pada peperangan. Kami rindukan kedamaian.

Bila agaknya Malaysia boleh damai sesama Islam?

Sesetengah pendapat jihad kerana agama tapi kalau nak berjihad kena menggunakan akal dan berfikir, jangan membuta tuli. Sedangkan orang Islam berjihad pakai pedang dan naik kuda.

Itulah sejatinya jihad. Macam mana kita nak berjihad sedangkan orang-orang yang bukan Islam menggunakan teknologi moden seperti peluru berpandu dan banyak lagi kemajuan teknologi peperangan. Buktinya yang nyata.

Palestin itu berjihad. Negaranya hancur lebur. Nak menyalahkan siapa? Kalau diikutkan jihad, itulah jadinya.

Untuk berjihad kita menggunakan akal dan fikiran. Bukankah itu sudah berlalu 1,400 tahun dulu, kenapa nak dibuat contoh sekarang.

Palestin menjadi hancur lebur. Itukah takdir Allah?

Mahukah kita di Malaysia menjadikan seperti Palestin ?

Katanya “Parti tanpa ulama buta, ulama tanpa profesional itu tempang”

Kita mesti ingat, parti bukan agama dan agama bukan parti. Begitu juga budaya bukan agama dan agama bukan kebudayaan.

Orang ramai tidak dapat membezakan antara agama dan parti politik. Agama dan parti politik umpama minyak dengan air tak boleh bercampur, kalau pun boleh bercampur tak boleh bersatu. Itulah nyatanya.

Janganlah kita jadi orang buta memimpin orang buta.

Negara-negara bukan Islam yang tanpa ulama kenapa negerinya maju, bersatu dan aman damai? Sedangkan Palestin, Iraq, Mesir, Syria ulamanya berlambak-lambak tak terkira. Tapi negerinya makin kelam-kabut. Itu buktinya.

Negara-negara seperti di Amerika, Perancis, England, Australia dan sebagainya aman serta memakmurkan dunia.

Negara-negara yang disebut tadi tidak ada ulama pun kenapa tak huru-hara. Sebab ulama tidak masuk campur pentadbiran.

Sebagai contoh negara China memiliki berjuta-juta umat Islam, kenapa damai? Sebab agama dan politik tidak bercampur, kerana orang China menggunakan akal dan fikiran. Pemerintah tidak mengganggu agama dan agama pun tak mengganggu pemerintah. Itu sebab ia aman damai.

Saya pun rasa iri hati kenapa negara yang tiada alim ulama negerinya aman damai. Siapa yang tak mahu kedamaian?

Sebagai alim ulama mesti tahu apa itu amarah, alu’ama, supiah, mud’mainah.

Apa itu mud’mainah?

Sepatutnya alim ulama mesti tahu perkara yang disebut tadi. Bukankah alim ulama menjadi contoh kepada umat lain. Yang dikatakan tok guru dan ulama itu lain, mestilah tingkah lakunya berbeza termasuk kata-kata dan tutur bahasa, pendengaran dan penglihatannya.

Kerana ia menjadi contoh dan ikutan pada seluruh umat Islam. Kalau sudah alim ulama sendiri macam lanun, macam mana kita nak ikut perangai seperti itu.

Tapi tak tahulah kalau orang lain yang suka cara lanun, cara gengster, macam Osama Bin Ladin. Itulah kalau saya, Kapal Besi memanglah tak suka. 

Sebab saya suka aman damai. Tok guru, tuan guru musyrik, ulama atau ustaz atau apa sajalah gelarannya, saya tetap suka kedamaian. Bukankah dalam Islam mestilah bermula dengan :

“Bissmillahi’rrohmaa’nirrohim” bererti kasih sayang iaitu aman damai.

Kenapa kita mesti berpecah belah dan tidak aman. Cuba lihat agama lain seperti Hindu, Buddha dan Kristian. Tidak ada yang kecoh.

Saya terasa sangat malu kenapa Islam sahaja seperti itu.

Alim ulama dan tok guru sekarang diakui tinggi ilmu agamanya tapi sayang tidak faham apa itu alu’ama, amarah, supiah dan mud’mainah.

Seseorang alim ulama dan tok guru mesti tahu dan memahami perangai yang dinyatakan, barulah boleh disebut alim ulama.

Kalau masih kurang faham, saya nasihatkan carilah guru yang memahami. Selepas itu barulah layak digelar ulama. Kalau tidak, eloklah berhenti memakai gelaran tersebut.

Kami semua berharap dan mengalu-alukan supaya ulama dapat menjadi contoh dan membimbing kepada semua.

Saya, Kapal Besi dan ramai lagi rindukan kedamaian.

Orang-orang yang dibingungkan akan tertarik pada pandangan iblis dan pandangan athies.

Dalam keadaan yang terpedaya seperti ini harapan-harapan mereka untuk mencapai kebebasan, kegiatan mereka untuk membuahkan hasil atau pahala dan perkembangan pengetahuan mereka semua akan dikalahkan.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .