» » Kerajaan jamin tiada kenaikan tarif elektrik untuk 2015


Kerajaan mengulangi jaminan tiada kenaikan tarif elektrik pada tahun ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili .

Beliau menjelaskan walaupun di bawah sistem mekanisme ketidakseimbangan pelepasan kos bahan api (ICPT) kadar tarif perlu disemak setiap 6 bulan, namun semakan itu tidak melibatkan kenaikan tarif.

Melalui ICPT, katanya semakan kadar tarif akan dibuat pada Julai depan.

"Kalau perlu ada kenaikan kerajaan akan tanggung sebab sudah diputuskan tiada kenaikan, jadi kita tunggu selesai penilai ICPT pada bulan depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival YaHijau di Kuala Nerang, hari ini.

Bagaimanapun beliau meminta orang ramai berjimat dalam penggunaan tenaga dan mengelakkan pembaziran.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .