» » 'Kenapa tak saman saja The Edge dan Sarawak Report yang bongkar skandal 1MDB ?'


Putrajaya sewajarnya menyaman akhbar The Edge dan blog Sarawak Report daripada mengambil tindakan keras kerana mendedahkan laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, siri pendedahan The Edge dan Sarawak Report secara praktikalnya mencabar Putrajaya untuk menyaman mereka kerana jelas menentang kerajaan.

"Sarawak Report mendedahkan pelbagai perkara di mana kerajaan boleh saman The Edge juga lapor pelbagai perkara dan secara praktikalnya mencabar kerajaan untuk saman mereka kenapa mereka tidak disaman?," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Zahid memberi amaran kepada portal atas talian yang dianggap "menguli fakta" tentang 1MDB daripada bekas pengarah PetroSaudi, Xavier Andre Justo.

Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati maklumat yang ada pada Justo yang ditahan pada Isnin lalu "diperoleh secara tidak benar".

"Banyak maklumat berkenaan diperoleh secara tidak benar dan faktanya juga diuli untuk memperlihatkan seolah-olah ada perbuatan di luar tataetika urus niaga dan perundangan.

"Menguli berita dan fakta ini jelas daripada kajian setakat ini ada niat tersirat yang buruk dilakukan pihak berkenaan.

"Ia dimuat turun dan dianalisis akhbar mingguan perniagaan di Malaysia dan portal berita atas talian," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .