Meskipun usia kandungannya baru memasuki tiga bulan, namun aktres jelita ini tetap memasang azam untuk menunaikan ibadah puasa.
Malah, Fouziah Gous berharap agar dia dan bayi dalam kandungannya sentiasa berada dalam keadaan sihat untuk membolehkan dia berpuasa penuh sepanjang Ramadan yang menjelang tiba.
“Sebenarnya, sebelum bulan puasa, saya cuba berlatih puasa untuk menyesuaikan diri. Maklumlah ini adalah kali pertama saya akan berpuasa sebagai wanita yang sedang mengandung.
“Tetapi nampaknya setiap hari kebelakangan ini, saya benar-benar sibuk dan membuatkan saya tidak dapat untuk berlatih puasa sebelum kedatangan bulan Ramadan,” ujar Fouziah Gous .
Fouziah ditemui selepas majlis memperkenalkan dirinya bersama suami, Md Zhafran Md Yusof sebagai duta terbaru rangkaian pewangi Enchanteur Love iaitu Enchanteur Forever Love Eau de Toilette, Enchanteur Celebrate Love Eau de Toilette dan Enchanteur Passionate Love Eau de Toilette.
Majlis yang turut meraikan ulang tahun ketiga pewangi Enchanteur Love ini diadakan di Maison Francaise, Changkat Kia Peng, Kuala Lumpur.
Turut hadir dalam majlis yang berlangsung dalam suasana romantik itu ialah Pengurus Besar Pemasaran Wipro Unza (M) Sdn. Bhd., Pan Choi Yen dan Pengurus Kumpulan Produk Wipro Unza, Ooi Boay Khim.
Mempersiapkan Minda
Walaupun tidak berkesempatan untuk berlatih puasa terlebih dahulu sebelum kedatangan Ramadan, namun Fouziah mengakui yang dia sudah mempersiapkan dirinya ke arah itu.
“Saya sudah mula set kan minda saya agar kuat semangat untuk berpuasa dalam keadaan diri yang baru hamil ini.
“Saya juga sudah mendapatkan nasihat daripada doktor yang memantau kehamilan saya. Menurut doktor, tiada masalah untuk saya berpuasa asalkan saya banyak berehat, menjaga pemakanan dan kesihatan saya serta baby dalam kandungan.
“Tetapi sekiranya ia memudaratkan saya dan kandungan, doktor menasihatkan agar saya tidak memaksa diri untuk berpuasa,” katanya .
Berehat Sepanjang Ramadan
Semenjak disahkan hamil, Fouziah sudah mula mengurangkan beberapa aktiviti hariannya.
“Saya ni memang seorang yang sangat aktif dan tidak reti duduk diam. Kalau tidak ada sebarang shooting, saya akan ke gimnasium untuk bersenam.
“Malah, semasa doktor beritahu yang saya sudah mengandung, saya sendiri tidak menyedarinya dan masih buat work-out di gim sepanjang beberapa hari sebelum berjumpa doktor itu.
“Sebaik sahaja, mendapat tahu yang saya hamil, saya terus kurangkan senaman yang berat. Sebaliknya saya lakukan senaman yang ringan, sesuai untuk wanita hamil.
“Saya juga tidak ambil lagi job berlakon yang baru. Sementara tugas saya sebagai pengacara program Nona pula sudah banyak diselesaikan rakamannya sebelum Ramadan. Cuma ada satu episod Nona sahaja yang akan dirakamkan semasa bulan puasa nanti.
“Jadual kerjaya saya yang banyak waktu lapang sepanjang Ramadan ini membolehkan saya untuk berehat dan menikmati waktu berpuasa bersama keluarga,” ceritanya yang dijangka bersalin sekitar pertengahan Disember nanti.
Takut Uar-Uarkan Kehamilan
Menurut Fouziah, dia dan suami pada mulanya memang tidak mahu menguar-uarkan berita tentang kehamilannya.
“Kalau ikutkan rasa teruja, sebagai wanita yang pertama kali mengandung, memanglah saya excited sangat. Tapi apabila memikirkan kata orang tua-tua, usia kandungan saya masih baru lagi, jadi saya masih ada rasa takut-takut untuk menghebohkan berita kehamilan saya kepada orang ramai,” katanya.
Bagaimanapun akhir-akhir ini barulah pasangan ini bersedia berkongsi cerita mengenai kehamilan Fouziah.
Sebagai bakal ibu bapa buat kali pertama ini, mereka berdua banyak membaca tentang selok-belok kehamilan dan bagaimana untuk menjadi ibu dan bapa yang ideal.
“Memandangkan saya tidak sibuk lagi dengan kerjaya, maka saya sekarang cukup serius membaca macam-macam info tentang kehamilan dan parenting.
“Zhafran juga banyak memuat turun berita tentang progres kehamilan, contohnya macam apa yang terjadi dan boleh dijangka buat ibu dan bayi semasa kandungan berusia 12 minggu, 13 minggu dan seterusnya. Kemudian, Zhafran akan mengirimkan info itu ke email saya,” cerita Fouziah lagi.
Alahan
Fouziah juga bersyukur kerana setakat ini, dia tidak mengalami alahan seperti mana kebiasaan wanita yang berada di awal kehamilan.
“Alhamdulillah. Setakat ini, saya tidak pula mengalami alahan. Selera saya juga baik dan asyik nak makan macam-macam semenjak mengandung ini.
“Cuma saya akan muntah kalau saya tidak makan, berbeza dengan wanita hamil lain yang selalunya akan muntah jika masuk makanan.
“Inilah yang membuatkan saya risau sedikit semasa bulan puasa nanti. Takut muntah-muntah pula apabila perut kosong.
“Tetapi saya sudah mula buat persiapan dari segi pemakanan. Setiap pagi saya akan minum suplemen yang berasaskan sarang burung, My Walet Bird Nest, produk syarikat saya sendiri. Selain membantu memberi tenaga, ia juga membantu melawaskan, membersihkan serta menguatkan paru-paru saya dan baby.
“Sementara itu, ibu mertua saya juga sudah siap bekalkan kurma Arab untuk saya. Awal-awal lagi Mama sudah letakkan kotak kurma ini di atas katil di bilik saya,” ujarnya.

No comments: