» » Bulan Ramadan hanya jadi kebiasaan dan budaya sahaja


Kata mereka saban tahun
iblis dan setan

Semuanya kena ikat
sepanjang Ramadan yang mulia

Untuk manusia menjadi baik
menyempurnakan ibadah puasa.

Begitupun
perompak, penyamun, pembohong

Politikus korup yang memerintah
terus sahaja seperti biasa

Dan dari media perdana
blog bangang upahan

Seakan lebih baik
tiba-tiba bertaubat nasuha

Lebih alim dan tawaduk
dari para malaikat

Semua orang tahu
sama sahaja rutinnya

Bulan puasa atau bulan biasa
bohong tetap bohong

Rompak tetap rompak
korup tetap korup

Walau berkali pergi umrah
dan berkali naik haji

Berkali asyik ber ya hanana
untuk menyuci dosa

Sebahagian dari rutin
propaganda kitar semula terbaik

Untuk persepsi hebat
transformasi dan wasatiyyah

Kepimpinan yang takut Tuhan
di bawah keturunan pahlawan

Bukan darah sembarangan
dalam gelumang noda kemungkaran

Menghiasi segala kebobrokan
umara sebuah negara Islam.

Berapa ramai politikus
hanya di bulan Ramadan

Bertukar topeng dan sifat
kadang macam buang tabiat

Dari iblis menjadi malaikat
untuk nampak bersih dan berkat

Dipandangan rakyat marhaen yang terus
terpaksa berkorban dan terkorban

Wala' dan buta setia menyokong
atas nama pembangunan

Dan wawasan 2020
negara maju berpendapatan tinggi

Atau tiket sehala ke syurgajaya
walau terpaksa berpuasa

Sebagai rutin kehidupan orang biasa
membayar pelbagai cukai

Menanggung hutang negara bilion-bilion
sepanjang hayat!



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .