» » Ahmad Maslan buat lawak tidak kelakar sekali lagi disaat rakyat M'sia menderita kerana GST


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sekali lagi menjadi bual bicara para pengguna media sosial apabila memuat naik dua keping gambar yang menonjolkan teknik memasak.

Meskipun mendapat kecaman berikutan muat naiknya pada 7 Jun lalu, Ahmad masih meneruskan pendiriannya untuk ‘mendidik’ rakyat Malaysia mengenai Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) yang mula dilaksana sejak April lepas.

Ahli politik berusia 49 tahun itu memuat naik dua keping gambar yang mempamerkan teknik memasak itu sekitar jam 8 pagi menerusi akaun Twitter peribadi.

“Sesekali sedia sarapan untuk keluarga. Nasi goreng campur resepi tiada GST. Hidang terus. Lepas masak ini ada program UMNO”, ujarnya di Twitter.


Muat naik yang dikongsi lebih dua ribu kali itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial:

Salam tuan@ahmadmaslankenapa ada ridsect tepi masakan? Nak sembur muka org yg cakap tak sedap ke?— Fabulist / Syfq (@fabulistjiwa)June 14, 2015

@ahmadmaslanasal timun bnyk sngt dato,ingt nak buat masker kat muka,— famie (@fahmi_ahmd)June 14, 2015

@ahmadmaslanasal Kata GST akan turunkan harga barang..kenapa bagi tips untuk elakkan GST ?— wak(@maslan)June 14, 2015

@ahmadmaslanberapa kali nak tegur. Masak nasik goreng kena buang tangkai cili tu. masuk jugak dgn dahan-dahan sekali. Lambat pickup ke pe— REBEL (@AinulNunanaa)June 14, 2015


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .