» » Ahmad Maslan bangga dapat retweet tinggi walaupun kebanyakannya tweet maki-hamun


Datuk Ahmad Maslan berbangga dengan gambarnya memasak nasi goreng tanpa GST (cukai barang dan perkhidmatan) yang dimuat naiknya dalam Twitter selepas ia mendapat sambutan hangat.

Timbalan menteri kewangan itu enggan menghiraukan kritikan orang ramai terhadap beliau selepas gambar itu tersebar, sebaliknya menyifatkan ia satu cara menerangkan kepada orang ramai mengenai GST.

"3,335 retweet, saya tidak pernah dapat sebegitu banyak.

"Itu rekod secara peribadi untuk diri saya kerana 'retweet' sebanyak itu," katanya ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

"Saya ingin menyampaikan sesuatu dengan kaedah pelbagai, itu sahaja niat saya," katanya.

Mengenai kontroversi penyembur serangga yang terletak di sebelah kuali memasaknya, Ahmad berkata tidak menyedari botol tersebut berada di situ semasa sedang memasak.

"Saya pun tidak perasan (penyembur serangga). Saya tidak sembur Ridsect dalam makanan itu pun," katanya.

Ahmad pada 13 Jun 2015 berkongsi resipi memasak tanpa kos tambahan akibat GST menerusi akaun Twitter @ahmadmaslan.

Beliau yang berkongsi resepi di laman sosial tersebut mengakui hidangan nasi gorengnya itu dimasaknya sendiri.

"Resepi saya & digoreng sendiri: Sayur, telur, cili, nasi, garam, daging, bawang, ayam, minyak & gas masak. Tiada GST!" katanya menerusi tweetnya.

Susulan gambar dimuat naik, Ahmad menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai, tidak kurang juga yang mengkritik beliau.

Ini bukan kali pertama Ahmad mencetuskan kontroversi, malah sebelum ini, pada satu program taklimat GST di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, beliau dikecam hebat gara-gara saranannya kepada pelajar universiti supaya memasak sendiri bagi mengelak dibebani cukai tersebut.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .