» » Yakin pelan pemulihan dapat kurangkan hutang 1MDB


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkeyakinan pelan pemulihan yang sedang dilaksanakan Putrajaya dapat mengurangkan jumlah hutang dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib yang juga menteri kewangan berkata, langkah pemulihan itu dapat dijayakan bersama Kementerian Kewangan (MoF) walaupun 1MDB sedang berdepan kritikan pelbagai pihak.

"Langkah pemulihan boleh kita lakukan untuk mengurangkan jumlah hutang 1MDB dan inilah perkara yang sedang diusahakan kerajaan.

"Saya yakin MoF boleh sama-sama memastikan pelan pemulihan itu dapat dilaksanakan walaupun kita berdepan dengan begitu banyak kritikan.

"Lambat laun kita boleh membuktikan langkah menyelamatkan atau memulihkan 1MDB boleh dicapai matlamatnya," katanya ketika berucap pada perhimpunan khas Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi ini.

Najib berkata, segala persoalan mengenai 1MDB akan terjawab sedikit masa lagi apabila ketua audit negara selesai melakukan audit terhadap syarikat pelaburan bermasalah itu.

"Saya amat berharap semua pihak akan menunggu laporan tersebut,” katanya.

Minggu lalu, Jabatan Audit Negara memaklumkan sedang giat melakukan pengauditan ke atas 1MDB, dan berusaha menyiapkannya seberapa cepat yang boleh.

Jabatan itu merancang mengemukakan laporan awal pengauditan tersebut kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selewat-lewatnya akhir bulan depan.

"Jabatan Audit Negara sememangnya memberi keutamaan terhadap tugasan ini," kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam kenyataannya menjawab pihak yang ingin mengetahui status terkini pengauditan jabatan itu terhadap 1MDB.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .