» » Universiti awam di Malaysia perlu berusaha untuk cari dana sendiri


Universiti awam harus mengambil pemotongan peruntukan tahun ini sebagai cabaran untuk menonjolkan keupayaan masing-masing dalam mencari dana, terutama bagi membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata universiti awam akan dilihat lebih berwibawa apabila tidak terlalu bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan untuk menjalankan operasi.

"Kerajaan tidak boleh sentiasa memberi peruntukan itu, kerana banyak pihak lain juga memerlukannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis 'Kolaborasi Industri-Akademia' antara Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan enam buah syarikat di universiti itu hari ini.

Beliau berkata universiti perlu mengadakan lebih banyak kolaborasi dengan industri yang membantu mempercepatkan perkembangan dan mengukuh dan memantapkan subjek-subjek yang ditawarkan.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP, Datuk Prof Emeritus Ir Dr Zainai Mohamed.

"Cara ini lebih berkesan dan mempastikan apa yang diajar di universiti relevan dengan keperluan industri supaya pelajar tidak menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar.

"Oleh itu semua universiti perlu meningkatkan kolaborasi akademia-industri mengikut bidang masing-masing," kata Idris.

Katanya UniMAP adalah contoh terbaik, walaupun usianya baru mencecah 13 tahun tetapi menduduki ranking ketujuh terbaik dalam negara dan berada pada kedudukan 750 terbaik dari lebih 40,000 universiti di seluruh dunia.

"Saya kecewa dengan segelintir rakyat Malaysia enggan mengiktiraf pencapaian universiti awam kita yang bertambah baik berbanding 3 tahun lepas walaupun banyak berkedudukan 100 terbaik dunia mengikut bidang seperti Universiti Putra Malaysia (54 dunia) dalam bidang pertanian," tambahnya.

Katanya setiap kritik harus berasaskan fakta dan masyarakat harus menerima hakikat universiti awam negara ini meningkat maju menyebabkan banyak universiti ternama dunia menjalin hubungan serta membuka kampus cawangan di Malaysia.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .