» » 'Saya pasti akan beli tanah 1MDB jika saya jutawan kerana ia pelaburan yang sangat menguntungkan'


Komennya laksana pakar ekonomi atau Real Estate Evaluator!

Begitulah versatilenya perdana menteri Malaysia iaitu Najib Razak 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayangkan menyifatkan tanah Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Berhad merupakan "lombong emas" kerana nilainya akan bertambah dalam 20 tahun akan datang.

"Kalau saya hartawan, saya beli, sebab saya tahu nilai 20 tahun akan datang," kata Najib berucap di majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri" di Klang, hari ini.

"Itulah jadi pusat pertumbuhan yang tidak ada lagi alternatifnya di Kuala Lumpur, begitu juga TRX."

Najib turut menyentuh kontroversi pembelian tanah di TRX oleh Lembaga Tabung Haji pada harga RM188.5 juta.

"Yang jadi mangsa, Tabung Haji. Tabung Haji bukan bailout, dia cuma beli tanah," kata Najib.

Najib juga menafikan 1MDB kehilangan RM42 bilion, iaitu jumlah tanggungan hutangnya, dan berkata nilai itu kini tersimpan dalam bentuk tanah TRX seluas 70 ekar dan Bandar Malaysia seluas 500 ekar.

Najib berkata hartanah yang bakal dibangunkan itu sepatutnya memberi keuntungan kepada pendeposit Tabung Haji, namun disebabkan isu itu terlalu panas dan kontroversi, ia terpaksa dijual semula.

Menurut Najib, beliau memberi peluang kepada lembaga pengarah Tabung Haji menyelesaikannya walaupun ada ahli lembaga yang mahu mempertahankan pembelian tanah seluas 1.56 ekar itu.

Beliau turut menafikan keuntungan jualan semula yang bakal diperoleh Tabung Haji melalui bidaan terbuka sebanyak RM6 juta dijadikan sebagai dana untuk melangsaikan hutang 1MDB.

"Tan Sri Hashim Meon (ahli lembaga pengarah Tabung Haji), dia tahu butirannya. Saya dengar khabar dia kata dia hendak pertahankan tetapi terpulang kepada Tabung Haji," katanya.

Najib berkata rakyat dan pendeposit yang membantah pembelian itu sepatutnya berfikir secara rasional dan tidak hanya percaya kepada media sosial sebelum menilai sesuatu perkara.

"Kita jangan buat perkara tidak rasional. Kena fikir sesuatu itu, apa yang baik. Gunakan pemikiran rasional untuk menilaikan sesuatu," katanya.

Tabung Haji membeli tanah daripada 1MDB pada harga RM2,773 kaki persegi, sedangkan syarikat pelaburan negara itu membelinya daripada Putrajaya 4 tahun lalu pada harga hanya RM64 kaki persegi.

Susulan tekanan umum, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan menjual tanah itu kepada pihak ketiga.

Najib yang juga menteri kewangan merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, sebuah syarikat yang kini mengalami masalah hutang sehingga RM42 bilion.

Mengenai dakwaan salah urus 1MDB, Najib berkata beliau menyokong tindakan tegas terhadap mana-mana individu bertanggungjawab.

"Saya tidak sokong kalau ada salah guna kuasa. Saya akan tetap ambil tindakan tegas," katanya.

Kelmarin, adik Najib, Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak, menggesa pihak pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB meletak jawatan kerana dilihat tidak bertanggungjawab menangani dakwaan salah urus kewangan syarikat.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .