» » 'RM1.7 bilion kutipan GST dari barangan import'


Putrajaya mengutip jumlah terkumpul RM1.69 bilion dari cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan atas barangan import sejak ia dilaksanakan bulan lalu, kata Datuk Ahmad Maslan.

Jumlah itu dikutip mulai 1 April hingga 10 Mei, timbalan menteri kewangan itu memberitahu Dewan Rakyat hari ini, menjawab soalan ahli parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.

Bagaimanapun, beliau berkata, jumlah terkini keseluruhan kutipan GST, seperti yang diminta Dr Lee, hanya akan diketahui seawal-awalnya bulan depan.

"Berbeza dengan cukai tahunan syarikat perniagaan, kutipan sektor barangan import dapat diketahui lebih awal kerana perkiraan dibuat sebelum barang tersebut dilepaskan dari pelabuhan kastam di sempadan atau di lapangan terbang," katanya.

Ahmad berkata tarikh akhir bagi syarikat yang memperoleh pendapatan tahunan lebih RM5 juta untuk mengemukakan hasil GST mereka ialah hari terakhir bulan berikutnya.

Ini bermakna, syarikat tersebut mesti memfailkan hasil GST mereka bagi bulan April pada 31 Mei, katanya sambil menambah, Jabatan Kastam hanya akan mengetahui jumlah pungutan sebenar pada 1 Jun.

“Bagi perniagaan dengan pendapatan tahunan kurang RM5 juta, mereka perlu menghatar penyata GST untuk tempoh 3 bulan, dan tarikh akhirnya ialah hari terakhir bulan berikutnya.

"Contohnya bagi bulan April, Mei dan Jun, penyata GST perlu dihantar antara 1 hingga 31 Julai, 2015. Maka pada 1 Ogos, baru kastam akan tahu dengan tepat,” katanya kepada wakil rakyat PKR itu.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .