Harga sebuah Birkin
bertukar ganti wanita pertama
Berbanding dengan BR1M setahun sekali
untuk jutaan rakyat bawah kemiskinan
untuk jutaan rakyat bawah kemiskinan
Adalah nilai darjat wasatiyyah
antara jurang pendapatan
Marhaen yang kais pagi makan pagi
dan bangsatwan yang ke sana sini
Menayangkan kemewahan peribadi
perlambangan kuasa politik
Dalam demokrasi terpimpin
58 tahun kemerdekaan
Dengan pembangunan terus mengisi
janji-janji pilihan raya
Walau hanya empat tahun lagi
dikatakan mecapai matlamat
bertaraf negara maju berpendapatan tinggi.
Kalau Birkin itu simbol status
melengkapkan busana mahal
Perhiasan emas berlian
jam tangan ratusan ribu ringgit
Jet mewah baru
tanpa ada rasa bersalah dan malu
Maka BR1M itu simbol kegagalan
pelbagai polisi dan perlaksanaan
pelbagai polisi dan perlaksanaan
Pendidikan, ekonomi dan agama
apabila jutaan imigran halal dan haram
Menambahkan kegawatan kehidupan
bersama siri perompakan siang hari
Menjana kebobrokan dan korupsi
survival ketuanan yang terus bongkak
Membudayakan kebangangan minda
ke tahap politik perdana.
BR1M dan Birkin
sama-sama membawa bahagia
Dalam suasana berbeda
majoriti yang semakin terhimpit
Menanggung hutang negara
minoriti yang bertahan ditembok imuniti
Mengikis apa sahaja yang tersisa
selagi demokrasi itu hanya pilihan raya
Dan parlimen sekadar rubber stamp
untuk kepimpinan bangsat
Berkuasa mutlak di atas perlembagaan
sebagai maharaja lawak
Yang sudah lama bogel
dengan maki hamun rakyat
Mengiringi kemuflisan
sebuah negara yang tergadai!
No comments: