» » Pengusaha bas rayu kerajaan segera kuatkuasakan kenaikkan tambang baru kerana GST


Terbeban dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Semenanjung (Pembawa) merayu Putrajaya menguatkuasa kenaikan kadar tambang sekurang-kurang sebelum puasa akan datang.

Yang Dipertua Pembawa Tajuddin Mohd Yunus berkata, gesaan itu kerana pengusaha bas dilihat begitu terdesak dengan beban bukan sahaja pelaksanaan GST malah kos penyelenggaraan termasuk minyak dan tol.

"Kita amat terdesak dan terbeban sekali dan pelaksanaan GST lagi menyukarkan kita.

"Meskipun tambang tiada caj GST namun penyelenggaraan kena cukai kita nak buat pinjaman beli bas kena GST, sebab itu kita minta kerajaan buat keputusan segera dengan naikkan tambang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, kerana pelaksanaan GST, pengusaha bas terpaksa menyerap cukai
tersebut dan menanggung kos penyelenggaraan RM500,000 sebulan.

"Cuba bayangkan kos penyelengaraan dan serapan GST hampir RM500,000 sebulan kita tidak ada keuntungan dan beban ini semakin mendesak kami," katanya sambil memberitahu Pembawa mempunyai 17 buah syarikat bas di bawahnya.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 19 Mac lalu mengumumkan kadar tambang baharu bagi pengangkutan awam melibatkan teksi dan bas ekspres.

Bagi bas eskpres kenaikan adalah sebanyak 2.1 setiap kilometer yang sepatutnya berkuatkuasa pada 15 Mei lalu bagaimanapun ia ditangguhkan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .