» » Peguam kesal polis yang jadi suspek kes ugut rogol masih bertugas di tempat yang sama


Peguam bagi seorang peserta wanita perhimpunan 1 Mei yang didakwa diugut untuk dirogol oleh seorang anggota polis, kecewa kerana suspek dibenarkan untuk terus bertugas di balai polis yang sama.

Peguam Michelle Yesudas yang mewakili Maisara Amira Mohamad Asmadi berkata, mereka juga tidak diberitahu bahawa pihak polis telah mengenal pasti suspek.

"Jelas sekali saya sangat kecewa dengan ini. Dan malah kita tidak tahu yang anggota polis itu telah pun dikenal pasti," katanya kepada Malaysiakini.

Maisara (kanan), 21, mendakwa anggota polis itu mengugut untuk merogolnya semasa dia ditahan di Balai Polis Dang Wangi ketika perhimpunan anti-GST pada 1 Mei.

Dia merupakan satu-satunya wanita yang ditahan semasa perhimpunan tersebut.

Semalam, Star Online melaporkan bahawa Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Mohd Isa berkata anggota terlibat masih bertugas di balai polis yang sama.

Tajuddin dilaporkan sebagai berkata anggota polis itu tidak dipindahkan dan pihaknya tidak melihatnya sebagai satu keperluan untuk berbuat demikian.

Yesudas bagaimanapun berkata, selain daripada itu, siasatan polis dalam kes itu adalah sangat profesional.

Namun, tambahnya, beliau meragui keselamatan tahanan wanita dalam lokap polis..

Beliau memetik kes seorang anggota polis yang dibicarakan di mahkamah kerana didakwa merogol seorang pekerja kilang di sebuah balai polis di Kuala Lumpur.

Maisara membuat laporan polis mengenai dakwaan ancaman rogol itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 6 Mei, sehari selepas dia dibebaskan selepas ditahan selama empat hari.

Dua puluh dua remaja turut ditahan semasa perhimpunan hujung minggu itu yang disertai lebih 20,000 orang bagi membantah GST.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .