Kumpulan 'otai' metal rock XPDC yang terkenal dengan julukan “raja funfair” akan kembali menggegarkan pentas selepas 18 tahun tidak mengadakan konsert mega.
“Konsert Rockestra XPDC: Aku masih di sini” akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 6 Jun ini sempena menyambut ulang tahun kumpulan itu yang ke-26.
XPDC mula ditubuhkan pada tahun 1989.
Menurut vokalis kumpulan itu Mael, konsert kali ini istimewa kerana ia sebuah penyatuan semula anggotanya yang pernah jatuh dan naik bersama XPDC.
“Sebelum ini tak ada pun (aktiviti sebegini),” kata Mael sambil menambah konsert terakhir mereka berlangsung pada 1997.
Katanya, walaupun lama berdiam diri mereka sebelum ini tetap aktif tetapi di acara lebih kecil tanpa menjemput pihak media.
“(Menyepi kerana) kita tidak ada produk, kita tidak ada benda yang ingin diberitahu jadi kita biasa-biasa saja.
“Kita masih ada show setiap bulan,” kata Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim dalam sidang media di Damansara Perdana, Petaling Jaya semalam.
30 lagu menanti
Selain dari Mael, XPDC dianggotai oleh Izo (Lead gitar), Eddie (Bass gitar) dan Lola (pemain dram).
Mereka akan menyanyikan 25 hingga 30 buah lagu pada malam itu dengan iringan orkestra bagi menghangatkan pentas.
Konsert ini akan dirakam dan dijadikan sebuah album.
Ia akan diterbitkan dalam bentuk DVD sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang telah menyokong mereka sejak dulu.
Penggemar muzik aliran itu boleh mendapatkan tiket berharga RM95 sehingga RM350.
Bagi peminat XPDC yang membeli tiket VIP RM350, mereka berpeluang mendekati dan beramah mesra bersama ahli-ahli XPDC secara dekat dalam satu sesi khas.
Peminat boleh mendapatkan tiket menerusi semua cawangan Rock Corner seluruh Lembah Klang (The Curve Damansara, Subang Parade, The Garden, KLCC dan 1Utama).
Selain itu menerusi pembelian atas talian di www.tickethotline.com.my dan di kaunter jualan Stadium Merdeka pada hari konsert bermula jam 10 pagi.
sumber
No comments: