» » Kadir Sheikh Fadzir lancarkan parti politik baru yang dinamakan IKATAN


Bekas menteri penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini ‎melancarkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), yang didakwanya bukan pro-pembangkang atau kerajaan.

Berwajah baharu dengan lambang berwarna merah-putih, parti itu menggunakan simbol perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra mengangkat tangan semasa melaungkan kemerdekaan, di tengah bulatan berwarna kuning, dan bertemakan "Bersatu Maju Adil Bahagia".

"Alhamdulillah selepas bertungkus lumus lebih 2 tahun dan dengan bantuan suatu perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, akhirnya Ikatan sudah pun didaftar," kata Kadir merangkap presiden Ikatan, dalam ucapan perasmian di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, dengan kira-kira 300 hadirin.

Turut hadir beberapa tokoh politik dan pemerhati, termasuk Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial, Tan Sri Robert Phang dan bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press, Datuk A ‎Kadir Jasin‎.‎

"Kita bukan pro-Barisan Nasional dan kita bukan pro-pembangkang, tetapi kita pro roh pemimpin mulia yang sudah, pro-rakyat dan pro-generasi akan datang.

"Kita juga bukan parti untuk pilihan raya akan datang," kata Kadir.

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu menubuhkan Ikatan pada Jun 2012, tetapi menunggu lebih 2 tahun mendapatkan kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Pada Februari 2013, Kadir mengheret ROS ke ‎Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perintah mengarahkannya meluluskan pendaftaran parti berbilang kaum itu.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .