» » Faradhiya dan Tasha Shilla gayakan fesyen DressingPaula


Faradhiya dan Tasha Shilla adalah antara artis yang menitik beratkan soal berfesyen terutamanya apabila menghadiri majlis-majlis tertentu.

Justeru, dua bintang rupawan ini diundang sebagai tetamu istimewa semasa majlis perasmian cawangan baru butik dressingpaula di Mid Valley Megamall, tempoh hari.

Di samping itu, diadakan juga pelancaran koleksi terbaru dressingpaula sempena Musim Bunga / Panas 2015.


Bertepatan dengan majlis tersebut, Faradhiya dan Tasha Shilla hadir dengan menggayakan fesyen daripada koleksi Musim Bunga / Panas dressingpaula 2015.

Selain dua bintang tersebut, seorang lagi personaliti popular iaitu Aishah Sinclair juga hadir dengan menggayakan koleksi terbaru dressingpaula. Aishah juga bertindak selaku pengacara majlis tersebut.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .