» » CIMB sebagai bank kedua terbesar Malaysia mula kurangkan kakitangan


Bank kedua terbesar Malaysia, CIMB Group Holdings Berhad menawarkan skim pemisahan bersama (MSS) kepada kakitangan selepas "mengambil kira struktur kos operasi" dan "tahap kecekapan yang ingin dicapai".

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Zafrul Aziz Tengku Aziz berkata langkah itu dibuat secara sukarela dan selari dengan pelan nisbah pendapatan kepada kos serta pulangan atas ekuiti kumpulan.

"Sebahagian daripada kakitangan kami di Malaysia dan Indonesia pernah bertanya tentang skim sebegini dan ini adalah respons kami kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

CIMB Group berkata rakan Indonesia mereka, PT CIMB Niaga Tbk, juga menawarkan skim serupa kepada stafnya yang "selari dengan strategi operasi" syarikat.

"Pelaksanaan ini di Indonesia juga tepat pada masanya memandangkan tiada program sebegitu ditawarkan kepada pekerja sejak penggabungan Bank Niaga dan Lippo Bank 7 tahun lalu," kata Zafrul.

Pekerja yang berjaya dalam permohonan mereka yang menerima pakej berdasarkan jawatan dan tahun berkhidmat mereka, serta pilihan perlindungan perubatan bagi 3 tahun, dan penyertaan dalam program kemahiran semula dan program penempatan, kata CIMB Group.

CIMB Group merupakan perkhidmatan kewangan kedua terbesar Malaysia dan peneraju kumpulan bank Asean yang bersifat universal.

CIMB Group disenaraikan dalam Bursa Malaysia melalui CIMB Group Holdings Berhad. Ia mempunyai permodalan pasaran kira-kira RM46.8 bilion pada 31 Disember 2014. Ia juga mempunyai lebih 40,000 pekerja di 18 buah negara.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .