» » Bank-bank asing tempat 1MDB berhutang mahu bayaran RM3 billion dibayar segera


Kumpulan enam bank antabangsa mahukan pembayaran awal bagi pinjaman AS$975 juta (RM3.6 bilion) kepada syarikat pelaburan negara 1MDB, lapor Business Times Singapura.

Pinjaman dari konsortium bank itu yang diterajui Deutsche Bank harus dibayar pada September tetapi mereka nampaknya bimbang terhadap status kewangan firma cetusan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Laporan itu menyebut, bank-bank itu memberi pinjaman selepas 1MDB menawarkan AS$1.103 bilion sebagai cagaran melalui unitnya Brazen Sky Limited dalam BSI Singapura.

Cagaran itu sebahagian daripada dana 1MDB yang sebelum ini disimpan di Kepulauan Cayman.

Bagaimanapun, bank pemberi hutang itu kini dikatakan percaya pensekuritian dokumen pinjaman tidak lengkap dan justeru menuntut bayaran segera.

"Apa yang pada awalnya ditafsirkan sebagai pinjaman bercagar ketat itu kini membuat bank-bank gementar, memandangkan kontroversi yang berlaku," lapor Business Times yang memetik sumber

Ia menyebut perkara itu timbul susulan persoalan sama ada wang yang disimpan 1MDB di Singapura itu benar-benar wujud.

Laman pembocor maklumat Sarawak Report bulan lalu mendedahkan dokumen didakwa bocor yang mendakwa 1MDB menyerahkan dokumen bank palsu berkaitan Brazen Sky Limited.

Business Times melaporkan bahawa 1MDB dan bank-bak itu kini sedang berbincang.

Semalam, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli memberi amaran bahawa 1MDB mungkin berdepan masalah pada September apabila hutangnya RM3.6 juta perlu dibayar.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .