Cikgu Izzat yang memperjuangkan nasib guru-guru yang tersepit dengan perlaksanaan PBS telah dihukum buang kerja oleh SPP. Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri telah menghentikan pelaksanaan PBS yang menunjukkan ia sememangnya bermasalah.
Ini juga bermakna Kementerian Pelajaran telah mengakui kesilapan mereka dalam pelaksanaan PBS sebelum ini . Sepatutnya menteri pelajaran yang patut letak jawatan, bukan guru yang dibuang kerja sebab mendedahkan kesilapan dan kelemahan menteri dan kumpulan pembuat dasar Kementerian Pendidikan Malaysia .
Lebih kejam lagi, surat pemecatan keluar pada 8 April 2015 dan sampai ke tangan Cikgu Izzat pada 17 April 2015. Namun tarikh dibuang kerja Cikgu Izzat ialah pada 31 Mac 2015.
Jadi Cikgu Izzat telah bekerja percuma sahaja tanpa dibayar gaji bermula 1 April-17 April 2015 kerana beliau telah dipecat pada 31 Mac 2015 lagi .
Cikgu Izzat telah mengorbankan dirinya untuk keselesaan ratusan ribu guru-guru lain yang tersepit dan juga untuk masa depan pelajar-pelajar seluruh negara.
Lebih kejam lagi, surat pemecatan keluar pada 8 April 2015 dan sampai ke tangan Cikgu Izzat pada 17 April 2015. Namun tarikh dibuang kerja Cikgu Izzat ialah pada 31 Mac 2015.
Jadi Cikgu Izzat telah bekerja percuma sahaja tanpa dibayar gaji bermula 1 April-17 April 2015 kerana beliau telah dipecat pada 31 Mac 2015 lagi .
Jika tidak kerana sentuhan beliau, belum tentu PBS ditarik balik. Inikah balasan pada guru yang punya idea dan cadangan bernas dan membuat kebaikan untuk sistem pendidikan Malaysia ?
Adakah pihak KPM tercabar kerana idea ini datang dari seorang guru biasa , dan bukan cadangan daripada Pengarah , Ketua Sektor atau Menteri Pendidikan sendiri ?
Sama-sama kita semua renungkan .
Dimanakah konsep membudayakan ilmu diamalkan dalam sistem pendidikan Malaysia?
Tidak hairanlah ranking sistem pendidikan Malaysia kekal tercorot kerana didokongi oleh mereka yang tahu mengampu sahaja dan langsung tak boleh berfikir apa-apa untuk kebaikan sistem pendidikan itu sendiri .
Bila ada orang lain memberi idea baik untuk kebaikan sistem pendidikan Malaysia , cantas dia , pecat dia , baru dia tahu siapa yang berkuasa!
Yang bertaraf guru biasa , diam dan ikut sahaja , jadi je macam lembu!
Idea atau cadangan , atau bangkangan mesti datang dari Ketua Sektor , Pengarah atau sesiapa yang mempunyai jawatan tinggi di Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja!
Bukan ini ke yang berlaku dalam kes Cikgu Izzat ini ?
Nampak sangat pemerintah di Malaysia tidak langsung mengambil ikhtibar cerita Hang Nadim atau Singapura Dilanggar Todak .
GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
Sajak diatas hanya satu retorik sahaja dalam sistem pendidikan di Malaysia ini sebenarnya!
Protes tu biarlah beradab, bukan biadab
ReplyDeleteBetul
ReplyDelete