» » Che Ta juga lahirkan sokongan terbuka untuk Dr Mahathir yang ‘keseorangan’


Artis tersohor tanah air antara individu yang turut menyatakan sokongan secara terbuka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kenyataan di blognya, mengakui dirinya berseorangan selepas beberapa siri mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pelakon Rozita Che Wan, melalui laman Instagram mereka, secara terbuka menyatakan sokongan kepada mantan perdana menteri itu.

“Love u Tun & sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran &dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi.

“Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua .. #sayaanakMalaysia #sebak,” kata Siti.

Dr Mahathir pada Isnin menulis: "Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah. Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya. Saya fikir jika diadakan soal jawab melalui TV tentulah kerana ingin beritahu rakyat, bukan saya sahaja."

Sementara Rozita, juga dikenali sebagai Che Ta, turut memuat naik gambar yang sama dengan kata-kata: "Tun tidak keseorangan.. kami sentiasa teguh di belakang....

"Tapi kami ni org marhein sapa nk dengaq soqa kami," katanya dalam loghat Utara, membawa maksud, ‘kami warga marhaen, siapa hendak dengar suara kami."

Pengguna Instagram dan peminat serta pengikut mereka ramai yang melontarkan komen menyokong.

Antara komen yang dapat dilihat terhadap status Che Ta yang menerima 10,359 “likes” itu termasuk daripada “fatinslittlekitchen” yang berkata: "Well said *rozitachewan1...sapa nak dengaq sora kami ni..cakap sikit teruih kena akta hasutan...mana perginya negara DEMOKRASI yg bermaksud ‘DIPERINTAH OLEH RAKYAT’? Haih.."

“Hanumjabar” melalui komennya turut berkata: "We will always be behind Tun. He is trying to save the country from being robbed by greedy politicians".

Dr Mahathir pada Isnin, menerusi tulisan bertajuk “Soal Tak Jawab” mengakui dirinya bersendirian dalam mengkritik pentadbiran Najib khususnya dalam isu 1MDB.

“Hakikatnya wang 1MDB ada di mana masih tidak dijawab, kata Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik,” katanya menerusi blognya, chedet.cc

Dr Mahathir dilihat berterusan mengkritik pentadbiran Najib serta mempersoalkan tadbir urus kerajaan termasuk menyentuh isu membabitkan syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang itu dan isu pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Susulan kritikannya, pemimpin Umno dari semua peringkat menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Najib.

Selain pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN), sayap Pemuda dan Puteri Umno, serta bekas penjawat awam kanan kerajaan menyatakan pendirian mereka secara terbuka menyokong pentadbiran Najib.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .