Akhbar berpengaruh di Amerika Syarikat, New York Times semalam menyiarkan laporan Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan anggotanya menyiasat seorang kartunis dan dua ahli politik pembangkang kerana didakwa menghasut.
Kelmarin Kartunis Zunar ditahan ekoran satu posting dalam twitternya yang mengkritik hakim Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Manakala dua anggota parlimen pembangkang itu ialah Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan MP Taiping Nga Kor Ming.
Ini ekoran Rafizi mempromosikan kempen Rakyat Hakim Negara di Twitter sebagai membantah tindakan terhadap Anwar, manakala Nga dalam tulisan di Twitter menyebut: “Doa rakyat tidak dimakbulkan. Tiba masanya untuk menentang rejim kejam”.
Laporan New York Times menyebut: "Kerajaan selama beberapa dekad telah dituduh menggunakan undang-undang zalim dan kuno untuk meminggirkan dan menakut-nakutkan pengkritiknya.
"Tetapi kes-kes terbaru datang dengan sentuhan moden: pegawai polis tertinggi negara, Khalid Abu Bakar, menggunakan akaun Twitternya untuk mengeluarkan amaran kepada para pengkritik kerajaan dan untuk mengarahkan pegawai bawahannya untuk mengesan dan menyiasat suara yang menentang," kata laporan itu lagi.
No comments: