» » Putrajaya tegaskan mahkamah di Malaysia bebas selepas Anwar didapati bersalah


Putrajaya menyeru semua pihak termasuk rakyat menerima keputusan mahkamah yang mendapati Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes Liwat II.

Dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini Putrajaya berkata, hakim membuat keputusan selepas meneliti dan mempertimbangkan semua bukti dengan adil dan mengikut tatacara yang betul.

"Dalam kes ini, proses lengkap dan komprehensif sudah diikuti sejak bertahun lalu.

"Proses itu kini lengkap, dan kami menyeru kepada semua pihak yang terlibat untuk menghormati proses undang-undang dan penghakiman," kata Putrajaya dalam kenyataan hari ini.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .