» » Program turun harga besar-besaran mulai 1 Mac 2015


Program penurunan harga barangan secara besar-besaran di seluruh negara akan dilancarkan 1 Mac ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata program itu hasil perjumpaan kementerian dengan pelbagai pihak antaranya syarikat, restoran, pasar besar, pemborong, peniaga, peruncit, pengeluar makanan dan minuman, pada minggu lepas.

"Hasil perjumpaan ini, mereka bersetuju untuk turunkan harga barangan yang kita jangkakan kira-kira 10 hingga 20%.

"Saya ucapkan terima kasih kepada peniaga yang respons kepada saranan kerajaan. Ini pada saya hasil daripada permuafakatan kita," katanya selepas merasmikan "Majlis Ikrar Integriti Korporat" dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Maktab Koperasi Malaysia, di Petaling Jaya, hari ini.

Hasan berkata antara pemain industri harga barangan yang akan turut serta dalam program itu ialah Mydin, Nestle, NSK, Aeon, Tesco dan beberapa lagi yang akan turut sama terlibat tidak lama lagi.

Katanya, usaha dan kerjasama ini diharap dapat membantu masyarakat memilih barangan yang murah dan berkualiti di samping tidak membeli barangan yang mahal.

Sementara itu, Hasan berkata 9 peniaga dikompaun RM1,000 dan barangan perniagaan dirampas kerana didapati ingkar peraturan yang ditetapkan di bawah Skim Kawalan Harga sempena Tahun Baharu Cina.

"Kesalahan mereka adalah gagal guna atau pamerkan tanda harga pink, merah jambu itu. Ini kesalahan yang cukup jelas dan ini membolehkan kita saman terus," katanya.

Katanya, lima daripada kesalahan dikesan di Pahang dan empat lagi di ibu negara.

Hasan berkata sebanyak 4,836 premis perniagaan seluruh negara diperiksa sejak Skim Kawalan Harga dilancarkan tiga hari lepas.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .