Hari itu, 48 jam selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara, kali pertama beliau diwawancara media.
Dalam hayatnya, dua kali Nurul Nuha melihat bapanya diheret ke tirai besi – kali pertama ketika remaja dan kedua selepas menjadi ibu muda kepada dua orang anak.
Seperti dijangka, pertemuan itu penuh air mata.
Bagaimanapun terdapat perbezaan ketara, tidak seperti sebelum ini – ketika beliau hanya menanti dan pasrah – Nuha kini tidak teragak-agak menetapkan pendirian.
“Sedia atau tidak, saya di sini,” kata Nuha yang tampak cantik dan sopan dengan baju kurung berwarna hijau, dipadankan dengan tudung kuning.
“Apabila seseorang yang kamu cinta diambil daripada kamu dua kali, dan dengan tidak adil, boleh kamu duduk saja tak buat apa-apa?”
Ketika Malaysiakini menemuinya di rumah keluarganya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur, anak lelaki tiga tahunnya masih mahu berkepit dengan Nuha.
Nuha kemudian memohon maaf kerana tidak profesional.
Mendaftar sebagai anggota seumur hidup PKR pada 2008, pereka grafik 31 tahun itu memegang kelulusan daripada Universiti George Mason di Virginia, Amerika Syarikat dan berkahwin dengan seorang juruterbang MAS.
Walaupun kakak sulungnya Nurul Izzah kini amat dikenali sebagai anggota parlimen dan naib presiden PKR, tidak banyak diketahui tentang Nuha, yang kini menerajui kempen “Berarak Demi Kebebasan” buat papa mereka.
Pada mulanya Nuha bergenang air mata ketika nama Anwar disebut, tetapi dapat mengawal perasaan tidak lama selepas itu.
sumber
No comments: