» » Ketua polis jawab kritikan gelagat pantau Twitter


Ketua polis negara menjawab kritikan pelbagai pihak khususnya pembangkang berhubung gelagat beliau memantau di laman mikro Twitternya.

Dalam kenyataan balasnya hari ini, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan tindakan tersebut sebagai menguar-uarkan kepada umum mengenai sebarang langkah yang diambil oleh pihak keselamatan itu.

"Polis memaklumkan kepada orang ramai mengenai tindakan polis melalui Twitter dengan mengambil kira perkara-perkara yang menimbulkan kebimbangan awam.

"Ia tidak salah di sisi undang-undang," katanya.

Khalid mendapat kecaman terbaru setelah mengarahkan polis menyiasat beberapa tokoh pembangkang dan pengkritik kerajaan yang mengulas penghakiman kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, Selasa lalu.

Arahannya yang dibuat melalui laman sosial Twitter mendapat perhatian meluas, termasuk akhbar berpengaruh The New York Times.

Mengulas lanjut, Khalid berkata beliau bimbang kerana terdapat pihak yang menggunakan media itu untuk mempengaruhi atau menghasut pihak ketiga sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.

Justeru, semua pihak menitikberatkan langkah pengawalan dan waspada bagi mengelak tercetusnya sentimen perkauman dan keagamaan, katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif NGO Lawyers For Liberty Eric Paulsen pula menggesa IGP menunjukkan profesionalisme dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan melalui Twitter agar tidak dilihat menyalahgunakan kuasa.

Beliau juga mempersoalkan sekiranya tindakan Khalid itu mengikut prosedur media sosial PDRM dan operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Kami menggesa IGP dan PDRM kembali kepada asasnya - bersikap profesional, tidak memihak dan menjadi pasukan polis yang cekap dalam mengekalkan undang-undang dan ketenteraman, mencegah dan mengesan jenayah sebenar serta memberkas penjenayah sebenar,” katanya.

Tambahnya, IGP tidak seharusnya bertindak “mengawal media sosial atau isu yang bermotifkan politik”.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .