» » 'Giliran UMNO dedahkan kes liwat Anwar Ibrahim'


Umno akan mengadakan jelajah seluruh negara bersama peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi menjelaskan kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan proses kehakiman kes itu kini selesai.

Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, parti itu selama bertahun lama hanya berdiam diri, walau ditohmah dengan pelbagai tuduhan konspirasi dan sebagainya, kerana enggan mengganggu perjalanan proses mahkamah.

"Peguam bela kata ini (Liwat II) konspirasi politik dan tuduhan dibuat kepada Umno dan BN (Barisan Nasional).

"Jadi bila dituduh, kamu harap kami nak duduk diam? Kami duduk diam kerana hormati proses undang-undang, kami berdiam diri daripada berkata apa-apa," kata Khairy semasa satu forum bersama dengan peguam Umno tersebut di Akademi Kapten Husin, Kelana Jaya.

Khairy berkata, program penjelasan yang sama akan dibuat ke seluruh negara dengan lokasi seterusnya ialah di Pulau Pinang.

"Kami Umno terpanggil untuk bawa siri penjelasan ini. Bukan sekali saja, tetapi selepas ini akan diadakan di Pulau Pinang," katanya di depan kira-kira 300 hadirin.

Beliau berkata, penting untuk Umno mengetengahkan isu liwat membabitkan Anwar tersebut kerana selama ini pihak pembangkang mengelirukan orang awam dengan mengatakan ia satu konspirasi politik.

"Jadi, dalam Umno ini, kami rasa penting untuk kami jelaskan sepenuhnya daripada orang paling layak (Shafee), untuk jelaskan dakwaan konspirasi politik ini.

"Kes ini tidak melibatkan Umno atau BN. Ini dibuat seorang individu yang kebetulan bekerja dengan Anwar," katanya merujuk pengadu kes liwat, bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Shafee dilantik peguam negara sebagai timbalan pendakwa raya secara ad-hoc dalam kes perbicaraan Anwar di Mahkamah Persekutuan.

Beliau dikritik peguam dan pemimpin pembangkang kerana terus menyerang pemimpin pembangkang itu walau beliau kini di penjara.

Anwar sepanjang perbicaraan kes liwat yang dihadapinya mendakwa perbicaraan kali kedua dihadapinya ialah satu lagi konspirasi kerajaan untuk mengheretnya ke penjara.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa lepas menolak rayuan sabitan Anwar dan mengekalkan hukuman 5 tahun penjara terhadapnya yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan tahun lepas atas tuduhan meliwat Saiful di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada Jun 2008.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan sebatan. Ia dibaca bersama Seksyen 337A Kanun Keseksaan, yang mensabitkan kesalahan liwat dan seks oral.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .