» » 1MDB mungkin kena status pembayar ingkar


Firma pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mungkin mungkin merangkul status pembayar ingkar jika tidak menunaikan bayaran pinjaman RM2 bilion menjelang akhir Februari, lapor Wall Street Journal.

Menurut laporan itu, bank di negara ini mengeluarkan kata dua itu apabila hilang sabar kerana 1MDB sudah dua kali melanggar tarikh akhir pembayaran pada November dan Januari.

"Individu yang mengetahui proses tersebut berkata, konsortium kreditor – termasuk Malayan Banking Bhd dan RHB Capital Bhd – memberitahu 1MDB untuk mengemukakan pelan pembayaran, jika tidak (mereka) akan menghadapi 'akibat keingkaran',” lapor akhbar bisnes itu.

1MDB ketika dihubungi Malaysiakini bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu.

1MDB sebelum ini tetap dengan pendirian bahawa ia tidak pernah gagal membayar hutangnya.

Ancaman itu timbul susulan kenyataan Fitch Ratings bahawa status kewangan 1MDB menimbulkan “ketidakpastian” kerana kerajaan menjamin sebahagian daripada pinjaman itu.

Pinjaman RM2 bilion itu hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan liabilitinya berjumlah RM41.9 bilion setakat 31 Mac 2014.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .