Koperal Sirul Azhar Umar, yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, mungkin ditahan di pusat tahanan Sydney untuk selama-lamanya, lapor Sydney Morning Herald hari ini.
Anggota Unit Tindakan Khas berusia 43 tahun itu ditahan pihak berkuasa Australia di Brisbane minggu lalu selepas Interpol mengeluarkan notis merah.
Pada 13 Januari, Sirul tidak hadir di Mahkamah Persekutuan, yang membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan menjatuhkan hukuman mati kepadanya dan Ketua Inspektor Azilah Hadri, menarik balik pembebasan mereka oleh Mahkamah Rayuan pada Ogos 2013.
Mahkamah Persekutuan mendapati kedua-dua Sirul dan Azilah bersalah membunuh Altantuya pada 2006.
Sirul kini dipindahkan ke pusat tahanan Villawood di pinggir bandar barat Sydney selepas ditangkap di Ipswich, Queensland, pada 20 Januari.
Malaysia dilaporkan membuat permintaan rasmi untuk mengekstradisi Sirul balik tetapi media Australia berkata ekstradisi tidak mungkin kerana Canberra melarang menghantar pulang suspek untuk menghadapi hukuman mati.
Ben Saul, seorang profesor undang-undang antarabangsa di Universiti Sydney berkata Sirul kini dalam ketidaktentuan undang-undang.
Peguam Dan Mori, yang mewakili tertuduh jenayah perang Serbia,Dragan Vasiljkovic yang menghadapi dilema yang sama di Australia dan berjuang ekstradisi selama sembilan tahun, dipetik sebagai berkata kes Sirul "adalah penahanan sewenang-wenangnya yang melanggar undang-undang".
The SMH berkata terdapat 55 kes penahanan tidak ditentukan tanpa caj di Australia.
Kes-kes bagi penahanan tempohnya tidak ditentukan ini, kata Saul melanggar undang-undang antarabangsa.
Semalam, ibu Sirul Azhar, Piah Samat, berkata beliau dihukum hanya kerana menjalankan tugasnya sebagai seorang anggota polis.
Jabatan Imigresen dan Jabatan Peguam Negara enggan mengulas mengenai kes Sirul Azhar.
sumber
No comments: