» » 'Setuju cadangan guna audit bebas'


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong cadangan agar kerajaan persekutuan menggunakan khidmat juruaudit luar untuk memantau perbelanjaan.

Mahathir memberi alasan, Malaysia memiliki kekayaan lebih besar dan kerajaan serta agensinya pula membelanjakan lebih banyak wang.

"Kita lihat entiti seperti Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) dan Tabung Haji membelanjakan berbilion ringgi untuk mendapatkan hartanah di luar negara.

“Yang lain seperti Malaysia Airports Holdings Bhd dan Petronas membeli saham dalam lapangan terbang dan pelaburan di Kanada yang turut melibatkan jumlah wang yang besar.

"Audit luar daripada firma bagus yang dilantik oleh satu badan bebas dan tidak berkait dengan syarikat yang diaudit akan membantu menangkis kecurigaan dan kebimbangan orang awam.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .