» » 'Ramai cikgu akan masuk penjara selepas ini'


Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan berkata ramai guru yang bakal ke penjara selepas ini berikutan undang-undang baharu yang menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001, lapor Sinar Harian.

Katanya, sekiranya tindakan merotan dilabelkan sebagai jenayah, mungkin ramai guru akan masuk penjara kerana tindakan tersebut dan khuatir guru tidak dibenarkan sama sekali untuk melakukannya walaupun untuk keperluan.

"Tetapi hukuman merotan itu hanya digunakan guru setelah cara peringatan lain tidak berhasil. Bukan sewenang-wenangnya boleh merotan.

"Kita khuatir jika cikgu langsung tidak boleh rotan murid-murid. Contoh, jika merotan juga, guru-guru akan masuk penjara," katanya kepada Sinar Harian.

Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim Sabtu lalu mengenai undang-undang yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatmya Julai depan itu mendapat tentangan dari pelbagai pihak kerana menyatakan perbuatan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah.

Hashim mengulas kenyataan itu turut mengaitkan statistik jumlah penjenayah yang kian meningkat dan dikhuatiri ia akan terus meningkat sekiranya hukuman rotan tidak dibenarkan untuk mengawal sikap pelajar.

"Dengan statistik jumlah penjenayah sudah ramai kini, tindakan itu nanti secara tidak langsung menambahkan lagi jumlah penjenayah di negara ini.

"Perangai pelajar juga dikhuatiri semakin teruk jika hukuman rotan sudah tidak dibenarkan. Adakah kerajaan sudah bersedia dengan semua itu?" soalnya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini Rohani dilaporkan berkata, merotan kanak-kanak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.

Rohani turut dilapor berkata, walaupun merotan anak merupakan sebahagian budaya masyarakat tempatan, namun perjanjian di bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) yang memandang serius perkara itu perlu dipatuhi.

Walau bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berkata Putrajaya belum memutuskan untuk menjadikan tindakan merotan kanak-kanak.

Katanya, perkara itu masih belum lagi dibincangkan di peringkat Kabinet dan kerajaan melihat respons daripada pelbagai pihak, terutamanya pertubuhan sivil dan ibu bapa, sebagai satu polemik sihat.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .