» » 'Dr Mahathir dan Najib Razak hanya berbeza pendapat dan bukan berperang'


Pandangan dan teguran dibuat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak harus dianggap kedua-dua pemimpin itu sedang ‘berperang’, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Rahman berkata pandangan Dr Mahathir adalah membina walaupun ‘pedas’ dan kadang-kadang tidak bersetuju, namun kerajaan di bawah pentadbiran Najib terbuka menerima kritikan.

"Saya kira kalau kritikan itu kena pada tempat dan mempunyai asas, kerajaan sentiasa melapang dada untuk mendengar dan membaiki apa yang patut diperbaiki.

"Kalau nak kata satu 'peperangan dahsyat' yang sedang berlaku (antara Dr Mahathir dan Najib) adalah tidak betul," katanya di Putrajaya hari ini.

Rahman berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berhubung tawaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang mahu menjadi orang tengah mendamaikan Dr Mahathir dan Najib.

Sambil memberi contoh, Rahman berkata Dr Mahathir dan Najib ketika menghadiri majlis kelihatan duduk bersama, bercakap dan berbincang.

"Saya tidak fikir wujud sebarang isu besar. Mungkin terdapat perbezaan pendapat," katanya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .