Laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang penuh kontroversi oleh seorang pemimpin Umno semalam adalah bukti kewangan syarikat itu sedang bermasalah teruk sehingga hutangnya meningkat, kata pemimpin DAP, Tony Pua.
Beliau berkata hakikat bahawa seorang pemimpin Umno membuat laporan terhadap pemimpin partinya sendiri termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga mempengerusikan 1MDB, bermakna pengadu itu "menempah maut" atau mempunyai bukti kukuh tentang krisis dana RM42 bilion itu.
"Apatah lagi, secara kebetulannya skandal 1MDB itu juga dibangkitkan pada mesyuarat Kabinet minggu ini," kata beliau dalam satu kenyataan.
"Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Datuk Seri Najib berada jauh di luar negara, seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider," kata Pua.
sumber
No comments: