PAS hari ini menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menyatakan pendiriannya berhubung isu firma pelaburan 1Malaysia Development (1MDB).
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Muhyiddin tidak sepatutnya berdiam diri dengan niat menggunakan isu itu sebagai usaha menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekaligus mengambil alih jawatan itu.
"Muhyiddin perlu memberikan penjelasan dan pendirian beliau terhadap isu 1MDB ini.
"Tan Sri Muhyiddin selaku timbalan perdana menteri, beliau tidak boleh hanya sekadar untuk menjadikan isu itu dibiarkan begitu sahaja, sebagai tekanan politik kepada Datuk Najib untuk berundur, (dan) bagi mengambil alih jawatan perdana menteri.
"Tetapi beliau perlu menyatakan pendirian beliau dan kabinet sebelum ini yang setuju mewujudkan 1MDB, sedangkan kita ada Khazanah Nasional," katanya dalam sidang medianya di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
sumber
No comments: