» » Banjir akibatkan 5 ribu penduduk Sungai Lembing terputus hubungan


Lebih 5,000 penduduk di Sungai Lembing terperangkap se tiga jalan utama yang menghubungkan kawasan pelancongan itu dengan bandar Kuantan ditenggelami air sehingga 1.5 meter pada jarak 200 hingga 400 meter sejak kelmarin.

Ketua Balai Polis Sungai Lembing Sarjan Mejar Arshad Yacob berkata tiga jalan terlibat ialah Jalan Sungai Lembing-Kuantan (Simpang Tiga Panching), KM31 Jalan Sungai Lembing-Kuantan dan Jalan Kampung Nadak.

"Jalan-jalan tersebut ditutup kepada kesemua jenis kenderaan menyebabkan penduduk terputus hubungan untuk keluar mendapatkan barangan keperluan di Kuantan.

"Jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir Balai Polis Sungai Lembing setakat ini ialah 10 mangsa daripada dua keluarga," katanya ketika dihubungi semalam.

Penghulu Kampung Ulu Kuantan Roslan Amat berkata, Pekan Sungai Lembing mulai dinaiki air tengah hari semalam sebelum surut jam 3 petang, namun kembali dinaiki air 4 petang sehingga mencecah paras dada pada tengah malam kelmarin.

"Walaupun terputus hubungan, namun bekalan barangan makanan setakat ini masih mencukupi untuk dua hari bagi penduduk yang terperangkap di Sungai Lembing.

"Dalam masa yang sama kita pun menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat meminta bekalan," katanya.

Sementara itu, pengusaha chalet pelancongan Time Capsule, Young Yeong Leong, 56, berkata dua pelanggannya turut terperangkap di Pekan Sungai Lembing dan beliau sendiri tidak dapat menghantar bekalan makanan sejak kelmarin.

"Saya difahamkan 30 pengunjung dan pelancong di sebuah chalet lain juga terperangkap," katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .