» » 'Ramai wanita masuk universiti berbanding lelaki bukan petunjuk baik'


Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata peningkatan kaum wanita yang ramai mendapat pendidikan tinggi berbanding lelaki, khususnya di universiti dan kolej, bukan petunjuk baik dalam masyarakat.

Bekas perdana menteri tersebut berkata lelaki secara tradisionalnya dilihat sebagai pemimpin dalam keluarga, tetapi sebaliknya peranan tersebut diambil alih wanita.

"Ketika perkara ini menunjukkan pelajar wanita lebih bijak, menyinar dan rajin, ia tidak memberi harapan baik kepada masyarakat kita pada masa depan.

"Ini kerana secara tradisionalnya kita lihat lelaki sebagai pemimpin dan pencari nafkah kepada keluarga," katanya ketika berucap di Persidangan Modal Insan yang berlangsung di Sunway pagi ini.

Abdullah bimbang dengan tren di mana 60-70% populasi dalam universiti dan kolej terdiri daripada wanita, sebaliknya berkata golongan lelaki sekurang-kurangnya perlu membentuk 50% populasi dalam universiti.

"Saya harap orang ramai tidak mengambil negatif terhadap kebimbangan saya ini, ia penting untuk kita ambil serius perkara ini sebelum terlewat," katanya.

Abdullah berkata, jika keadaan sekarang dibiarkan berpanjangan, negara akan kehilangan modal insan khususnya daripada kalangan lelaki.

"Saya harap langkah yang lebih berkesan diambil menangani isu ini," katanya.

Walaupun lebih ramai wanita mendapat pendidikan tinggi, Malaysia lebih jauh ketinggalan daripada segi kesaksamaan gender, terutamanya dalam politik dan pentadbiran tertinggi negara.

Laporan Jurang Gender Sedunia 2014 menunjukkan Malaysia jatuh daripada tangga ke-102 pada 2013 ke tangga 107 sekarang.

Meskipun skor keseluruhan tidak berubah, negara tetap mengalami kemerosotan kesaksamaan gender kerana skor pemerkasaan politik (political empowerment) jatuh dari 0.053 kepada 0.052, malah jauh ketinggalan berbanding dengan tahun pertama laporan ini diterbitkan pada 2006 dengan skor 0.056 .

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .