Bermula hari ini, tindakan tegas akan dikenakan kepada pemilik kenderaan yang melanggar peraturan dan spesifikasi kenderaan seperti mengubahsuai nombor plat dan memasang lampu tambahan (lampu strob) dan lampu HID 'head lamp' yang tidak mematuhi standard, lapor Mstar Online.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan operasi hari ini, melibatkan 1,500 anggota dengan kerjasama polis trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), menurut laporan tersebut.
Antara kawasan yang akan diperiksa adalah semua bandar dan pekan utama, serta kawasan panas yang dikenalpasti.
Mstar Online memetik Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, "Kami memberikan amaran yang cukup terhadap pemilik kenderaan untuk tidak menggunakan plat pendaftaran yang diubahsuai dan lampu HID yang tidak diluluskan."
"Masa untuk berkompromi sudah berakhir. Kita tidak akan layan sebarang alasan."
Katanya, saman mandatori akan dikeluarkan bagi mereka yang didapati melanggar spesifikasi yang ditetapkan, di mana hanya 3 jenis plat nombor yang dibenarkan, Ismail dilaporkan berkata.
Kenderaan biasa sepatutnya mempunyai hanya huruf dan nombor putih yang timbul di atas plat hitam, sementara kenderaan kedutaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Pertubuhan Getah Asli Antarabangsa perlu mempunyai huruf putih dan nombor timbul di atas plat merah.
Bagi teksi dan kereta sewa pula, huruf dan nombor perlu berwarna hitam dan timbul di atas plat putih.
Spesifikasi lampu HID menggunakan gas Xenon, bukan filamen, tidak dibenarkan langsung kecuali jika perubahan dibuat kepada keseluruhan sistem pencahayaan yang diberi akreditasi Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim), dalam kes tertentu.
Laporan tersebut menerangkan sebab lampu tersebut dilarang digunakan iaitu "HID yang terlalu kuat boleh mengganggu penglihatan pengguna jalan raya yang lain dan berdepan risiko keselamatan," kata Ismail.
Menurutnya lagi, mana-mana lampu strob atau 'beacon' berwarna tidak dibenarkan bagi kenderaan persendirian, dan hanya dibenarkan oleh kenderaan polis, JPJ, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan ambulans.
Sekiranya motosikal di atas 250cc melanggar spesifikasi, denda kompaun akan dikeluarkan dalam kadar RM100 (jika diselesaikan dalam masa 2 minggu), RM150 (jika diselesaikan antara 2 minggu dan sebulan) dan RM250 (jika diselesaikan selepas sebulan).
Motosikal di bawah 250cc pula akan dikenakan denda RM70 (jika diselesaikan dalam masa 2 minggu), RM120 (antara 2 minggu dan sebulan) dan RM200 (jika lebih dari satu bulan).

No comments: